SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalammualaikum...

Hari ni masukkan awal ramadhan yang kita sangat rindukan. Alhandulillah hari ni Ida sempat menyambut Ramadhan pertama. (siapa perempuan mesti faham ye..hehehe).


Dan alhamdulillah juga semalam Ida sempat juga berkelah dengan famili buat bakar-bakar sikit kat pantai. Cuaca pun macam tak berapa panas..nak dekat tengahari tu alhamduliklah hujan berkat turun nak menyambut Ramadhan sedangkan dah beberapa minggu  panas terik dekat sini. Setiap hari buka aircond sebab terasa bahang die..sampaikan dalam rumah pun macam sauna rasa 

Hari ni pun hujan turun agak lebat dari subuh tadi. Dan esok akan bermula juga persekolahan baru untuk anak-anak yang baru masuk sekolah menengah.

Aktiviti bulan ramadhan ni??

Macam biasa nak fokuskan pada ibadah dan heal my heart..hahahaha. Just terapi diri sahaja. Kuatkan iman agar tidak terpesong pada akhir zaman ni.

Di kesempatan ini juga Ida nak ucapkan Salam Ramadhan al mubarak buat semua rakan-rakan yang selalu menyinggah blog Ida yang tak seberapa ni. Sejak laptop rosak ni..mood nak menaip ke laut. Jadi tak best nak menaip guna Hp..hahaha. insyaallah kita kuatkan semangat juga menaip ye...

SALAM RAMADHAN SEMUA...
SEMOGA BULAN MULIA KALI NI MEMBERI BERIBU-RIBU KEBERKATAN KAT UOLLS SEMUA...AAMIIN

Post a Comment

0 Comments