KATA MADAH 61#

Assalammualaikum...




" SEHINA HINA ORANG YANG DIHINA, LAGI HINA ORANG YANG MENGHINA SEBENARNYA. JANGAN SAMPAI APA YANG DIHINA, BERBALIK PADA DIRI "


Jangan suka menghina orang lain selama kita hidup. Seburuk mana pun dia, jangan dihina. Doakan yang terbaik untuknya. Insyaallah doa kita akan membuatkan dia berubah menjadi lebih baik. Berhati-hati dengan kata-kata kerana kata-kata itu satu doa. Takut apa yang kita kata kan itu akan berbalik kembali pada kita. Nauzubillah. Jadi berkata-kata la dengan baik-baik sahaja.


ZOO MINI & DINASOUR TERUNTUM KUANTAN PAHANG

Assalammualaikum...

Pada hujung minggu jumaat lepas, Ida ke Zoo Mini & Dinasour Teruntum yang terletak di Kuantan Pahang. Berhadapan dengan Kelab Golf. 


Kalau perasaan entry lama dulu Ida pernah update Zoo Teruntum ni di SINI. Tapi dulu takde tempat dinasour ni dan masuknya FREE. Tapi sejak zoo dinasour ni di buka tahun lepas jadinya masuk kena la berbayar. Dulu memang tak banyak haiwan pun sini..dah namanya pun mini zoo so ok la nak layankan si kiddos masa kecil dulu.


Tiket masuk sini RM25 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Kalau nak masuk untuk aktiviti lain macam 3D atau dalam cage tu ada caj tambahan yang lain la untuk seorang.

Ada haiwan yang Ida pernah tengok dulu dah takde kat sini. Mungkin mati atau dipindahkan ke tempat lain memandangkan covid, takde pengunjung yang datang.

 
Dah jom masuk ke dunia dinasour.hahaha. Penuh dengan dinasour sekeliling. Kanak-kanak yang suka dinasour berbaloi la ke sini sebab dinasour dia kebanyakkan bergerak dan ada keluarkan bunyi.

Serius besar dinasour ni. Nak ambil gambar pun silau mata.hahaha. Kalau dari jauh ok la ambil gambar.


Zoo mini & dinasour ni dibuka pada pukul 9 pagi sampai 6 petang tapi pukul 5 petang tiket last je dibuka kat kaunter. Ida kat sana petang so memang tepat pukul 6 tu die tu..semua pekerja balik. 


Siapa yang teringin bawa anak-anak tengok dinasour boleh la datang sini. Gambar yang diorang tangkap dan cenderahati pun ada dijual tapi Ida tak beli pun.hahaha. 

Uolls boleh juga tengok video Ida dalam youtube ye. 

VLOG: ZOO MINI & DINASOUR TERUNTUM PAHANG #pahang #cuticutimalaysia #dinasours / NURUL AQIDAH AZAHAR

https://www.youtube.com/watch?v=7xv_rlP9UsE

HEALTH QUOTES 51#

Assalammualaikum...





IT'S NOT ENOUGH TO EAT VEGGIES AND DO YOGA.
YOU ALSO MUST WORK ON HEALING THE STRESS AND ANGER IN YOUR LIFE


RESEPI MASH POTATO@KENTANG PUTAR YANG SEDAP

Assalammualaikum...

Siapa kalau pergi makan KFC suka beli lebih mash potato atau kentang putar? Hah apa kata kali ini uolls buat sendiri je. Jom Ida kongsikan resepi ini untuk uolls.




RESEPI MASH POTATO @ KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
  • secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya:

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy)

- 1 labu bawang besar (dadu)
- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )

2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.

Sumber : dapurciklyn

TIGER DAH TAKDA

Assalammualaikum...

Mungkin ramai tak tahu yang Ida ada bela kucing. Patutnya banyak juga tapi dah bagi ke orang. Last Ida jaga sekarang 5 ekor je.

Semalam kucing Ida yang last generation dah mati. Kenapa last generation? Sebab Ida dah mandulkan mak nya lepas beranak. Ikutkan ramai kata dah tua tak nyah la mandulkan tapi Ida kesian tengok mak nya. Kurus kering..bulu sampai takde. Sebab tu la Ida buat keputusan nak mandulkan juga.


Sebenarnya dah beberapa hari Ida nampak Tiger ulang alik ke tandas. Tak berapa aktif sangat. Pagi semalam Ida bagi makan, dia masih berjalan makan dan minum tapi tak banyak. Selalunya dia la yang tak sabar nak makan. Masa tenghari tu nampak dia dok je dalam tempat pasir dia. 

Petang tu masa nak bagi makan, dia dok terbaring je. Ida tarik dia pun tak melawan. Macam tak larat. Ida check badan dia takde apa pun. Biasa je. Takde apa-apa luka..telinga pun bersih. Masa Ida buka mulut dia pun ok tapi berbau sikit.

Ida alih dia ke tepi sikit sebab kucing lain dok lalu sana sini. Dari petang sampai malam dia dok tempat sama tak bergerak. 

Lepas Isyak Ida keluar ambil dia. Memang langsung tak bergerak. Lemak je. Ida dukung pun lembik je badan dia. Ida bagi dia minum dan makan wet food tapi macam tak berapa lalu. Lepas tu Ida bagi dia minum air zam-zam. Tawakkal kot dia masih boleh hidup. Rupanya tak lama. Lepas tu nafas dia jadi pendek..macam nak muntah semua ada.

Pukul 10 malam macam tu, Ida nak masukkan letak dalam sangkar mak nya. Masa tu lembik sangat badan dia. Ida letak dekat mak nya, mak nya jilat-jilat. Dia terus tak gerak. Allah..sedih masa tu. Agaknya sebab tu la kelmarin dulu dia keluar lari dari sangkar dia pergi kat mak dia. Sedih pula teringat.

First time kucing mati depan Ida..dia nazak. Sebelum ni takde pun..Ikutkan dah 2 ekor kucing Ida mati macam ni. Masing2 dah besar. Setahun lebih je Ida dapat jaga Tiger. Hope dia doakan Ida juga.

HADIAH GIVEAWAY BUKU PLANNER AESTHETIC PAPERWORKZ_MZ

Assalammualaikum...

Beberapa minggu lepas Ida ada join satu giveaway blogger Atie dalam Instagram. Kebetulan naik post tu dalam IG Ida so apa salahnya nak join kan. Support each other.


Tak sangka menang. Kebetulan pula memang Ida nak beli buku planner, kira rezeki Ida la nak dapat kan..hehe.

CLOSE UP



Content dalam ni semua nampak simple dan nice je. Tidak la terlalu berselerak. Dan of couse la mesti la quotes untuk kita sendiri. 

Macam mana nak manage perbelanjaan uolls. Bab sedekah..saving pun ada. 

Ok yearly planner ni Ida dah lekat kan pada workstation Ida. Sebab apa Ida kata buku planner ni menarik sebab macam ngam pula dengan workstation Ida.hahaha.


Uolls nak dapatkan buku planner ni boleh ke Instagram diorang ye

Instagram : Paperworks_mz



KATA MADAH 60#

Assalammualaikum...




" USAH DISESALI KEHIDUPAN MASA LALU KITA, KERANA ITU ADALAH PELAJARAN DAN PERINGATAN KEPADA KITA TAPI RANCANGLAH KEHIDUPAN HARI INI DAN SETERUSNYA AGAR TIDAK TERGELINCIR LAGI "



Semua orang pernah melakukan kesalahan. Tidak kisah la kesalahan kecil atau pun besar. Cuba la untuk berubaha supaya perkara itu tak berulang lagi.

Contohnya pada masa lalu kita malas nak belajar sehingga keputusan peperiksaan kita sangat teruk. Jadi berubah la sekarang, belajar sebaiknya supaya keputusan peperiksaan kita nanti sangat baik.

Makan roti nan cheese di MEDAN SELERA KAMPUNGKU

Assalammualaikum...

Dah beberapa hari tak dapat nak blogging sebab laptop Ida tiba-tiba screen rosak. Tak pasal kena menaip dalam hp. Ida tak suka menaip dalam hp sebab tak de feeling menaip..lebih suka gunakan keyboard laptop. Maybe nak beli laptop second hand je tapi kalau ada rezeki lebih boleh la beli laptop baru. Tapi masih berfikir juga sama ada nak beli laptop atau desktop.


Minggu lepas Ida ada ke sebuah restoren ni. Konsep dia macam food court. Ada banyak gerai yang jual macam-macam makanan. So yang famous kat sana..orang kata roti nan cheese die sedap. So kita cuba lah.


Siapa yang sukakan cheese boleh la cuba..nak extra cheese pun boleh. Tapi bagi Ida okay je..sebabnya bila dah sejuk jadi muak. Portion dia pula bagi Ida berbaloi la...ayam pun dapat seketul besar. Boleh pilih nak kari ayam atau kari kambing.


Siapa ke sini boleh la singgah makan sini tapi nak bagitahu parking kat sini sangat terhad sebab kawasan dia dalam kampung. So agak susah nak dapat parking.

MEDAN SELERA KAMPUNGKU (Jalan Melati, Gong Pauh) 

Medan selera buka pada jam 5 petang - 11 malam.

Boleh follow page MEDAN SELERA KAMPUNGKU


HEALTH QUOTES 50#

Assalammualaikum...





" BEING A HEALTHY WOMAN ISN'T ABOUT GETTING ON SCALE OR MEASURING YOUR WAISTLINE "