ZOO MINI & DINASOUR TERUNTUM KUANTAN PAHANG

Assalammualaikum...

Pada hujung minggu jumaat lepas, Ida ke Zoo Mini & Dinasour Teruntum yang terletak di Kuantan Pahang. Berhadapan dengan Kelab Golf. 


Kalau perasaan entry lama dulu Ida pernah update Zoo Teruntum ni di SINI. Tapi dulu takde tempat dinasour ni dan masuknya FREE. Tapi sejak zoo dinasour ni di buka tahun lepas jadinya masuk kena la berbayar. Dulu memang tak banyak haiwan pun sini..dah namanya pun mini zoo so ok la nak layankan si kiddos masa kecil dulu.


Tiket masuk sini RM25 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Kalau nak masuk untuk aktiviti lain macam 3D atau dalam cage tu ada caj tambahan yang lain la untuk seorang.

Ada haiwan yang Ida pernah tengok dulu dah takde kat sini. Mungkin mati atau dipindahkan ke tempat lain memandangkan covid, takde pengunjung yang datang.

 
Dah jom masuk ke dunia dinasour.hahaha. Penuh dengan dinasour sekeliling. Kanak-kanak yang suka dinasour berbaloi la ke sini sebab dinasour dia kebanyakkan bergerak dan ada keluarkan bunyi.

Serius besar dinasour ni. Nak ambil gambar pun silau mata.hahaha. Kalau dari jauh ok la ambil gambar.


Zoo mini & dinasour ni dibuka pada pukul 9 pagi sampai 6 petang tapi pukul 5 petang tiket last je dibuka kat kaunter. Ida kat sana petang so memang tepat pukul 6 tu die tu..semua pekerja balik. 


Siapa yang teringin bawa anak-anak tengok dinasour boleh la datang sini. Gambar yang diorang tangkap dan cenderahati pun ada dijual tapi Ida tak beli pun.hahaha. 

Uolls boleh juga tengok video Ida dalam youtube ye. 

VLOG: ZOO MINI & DINASOUR TERUNTUM PAHANG #pahang #cuticutimalaysia #dinasours / NURUL AQIDAH AZAHAR

https://www.youtube.com/watch?v=7xv_rlP9UsE

Post a Comment

3 Comments