Makan roti nan cheese di MEDAN SELERA KAMPUNGKU

9:54:00 AM

Assalammualaikum...


Dah beberapa hari tak dapat nak blogging sebab laptop Ida tiba-tiba screen rosak. Tak pasal kena menaip dalam hp. Ida tak suka menaip dalam hp sebab tak de feeling menaip..lebih suka gunakan keyboard laptop. Maybe nak beli laptop second hand je tapi kalau ada rezeki lebih boleh la beli laptop baru. Tapi masih berfikir juga sama ada nak beli laptop atau desktop.


Minggu lepas Ida ada ke sebuah restoren ni. Konsep dia macam food court. Ada banyak gerai yang jual macam-macam makanan. So yang famous kat sana..orang kata roti nan cheese die sedap. So kita cuba lah.


Siapa yang sukakan cheese boleh la cuba..nak extra cheese pun boleh. Tapi bagi Ida okay je..sebabnya bila dah sejuk jadi muak. Portion dia pula bagi Ida berbaloi la...ayam pun dapat seketul besar. Boleh pilih nak kari ayam atau kari kambing.


Siapa ke sini boleh la singgah makan sini tapi nak bagitahu parking kat sini sangat terhad sebab kawasan dia dalam kampung. So agak susah nak dapat parking.

MEDAN SELERA KAMPUNGKU (Jalan Melati, Gong Pauh) 

Medan selera buka pada jam 5 petang - 11 malam.

Boleh follow page MEDAN SELERA KAMPUNGKU


You Might Also Like

2 penggomen