TIGER DAH TAKDA

9:44:00 AM

Assalammualaikum...


Mungkin ramai tak tahu yang Ida ada bela kucing. Patutnya banyak juga tapi dah bagi ke orang. Last Ida jaga sekarang 5 ekor je.

Semalam kucing Ida yang last generation dah mati. Kenapa last generation? Sebab Ida dah mandulkan mak nya lepas beranak. Ikutkan ramai kata dah tua tak nyah la mandulkan tapi Ida kesian tengok mak nya. Kurus kering..bulu sampai takde. Sebab tu la Ida buat keputusan nak mandulkan juga.


Sebenarnya dah beberapa hari Ida nampak Tiger ulang alik ke tandas. Tak berapa aktif sangat. Pagi semalam Ida bagi makan, dia masih berjalan makan dan minum tapi tak banyak. Selalunya dia la yang tak sabar nak makan. Masa tenghari tu nampak dia dok je dalam tempat pasir dia. 

Petang tu masa nak bagi makan, dia dok terbaring je. Ida tarik dia pun tak melawan. Macam tak larat. Ida check badan dia takde apa pun. Biasa je. Takde apa-apa luka..telinga pun bersih. Masa Ida buka mulut dia pun ok tapi berbau sikit.

Ida alih dia ke tepi sikit sebab kucing lain dok lalu sana sini. Dari petang sampai malam dia dok tempat sama tak bergerak. 

Lepas Isyak Ida keluar ambil dia. Memang langsung tak bergerak. Lemak je. Ida dukung pun lembik je badan dia. Ida bagi dia minum dan makan wet food tapi macam tak berapa lalu. Lepas tu Ida bagi dia minum air zam-zam. Tawakkal kot dia masih boleh hidup. Rupanya tak lama. Lepas tu nafas dia jadi pendek..macam nak muntah semua ada.

Pukul 10 malam macam tu, Ida nak masukkan letak dalam sangkar mak nya. Masa tu lembik sangat badan dia. Ida letak dekat mak nya, mak nya jilat-jilat. Dia terus tak gerak. Allah..sedih masa tu. Agaknya sebab tu la kelmarin dulu dia keluar lari dari sangkar dia pergi kat mak dia. Sedih pula teringat.

First time kucing mati depan Ida..dia nazak. Sebelum ni takde pun..Ikutkan dah 2 ekor kucing Ida mati macam ni. Masing2 dah besar. Setahun lebih je Ida dapat jaga Tiger. Hope dia doakan Ida juga.

You Might Also Like

4 penggomen