Semenjak bilik stor dijadikan bilik kerja, so macam-macam idea la yang ada nak mencantikkan bilik kerja. Selepas selesai cat bilik dan deko hari tu. Setiap hari tengok ke Shopee pula mencari barang-barang untuk deko meja pula.
Kebetulan kat belakang rumah ada kayu lama yang jiran sebelah buang. Dia tak nak guna so Ida mintak la nak amik untuk DIY. Kayu tu Ida dah selesai buat rak letak pokok kat belakang, so ada la lebihannya. Jadi Ida fikir nak buat stand komputer sendiri.
Ida tengok contohnya kat Shopee just pasang kayu simple macam tu je. So Ida gunakan itu untuk olah sikit je. Lagi senang sebab Ida boleh ukur dan buat ikut size yang Ida nak untuk meja kerja Ida.
Nasib la baru beli gergaji baru so senang la nak memotong kayu-kayu kecil ni kan.heheh. Gergaji pun beli kat MR. DIY belakng rumah je.
Ukuran ini Ida buat ikut ruang yang meja yang Ida, kiranya ngam-ngam la dengan luas meja tu. Dah siap ukur so Ida potong la ikut ukuran yang dah ada.
Lepas habis memotong tu, Ida gunakan kertas pasir untuk bersihkan sisa-sisa kayu yang ada supaya nanti takde lah terkena kayu-kayu halus die tu kan. ( panggil apa dah lupa plak masa menaip ni ).
Dah settle baru la Ida mula mengecat. Cat pun gunakan cat yang ada, nasib la ada cat putih yang lebih masa cat bilik hari tu. Dia bukan cat kayu jadinya Ida kena cat banyak kali supaya nampak cantik kayunya. Rasanya dalam 5-6 lapis juga Ida cat. Lepas kering..cat lagi lagi sampai tak nampak jalur kayu tu.
Ini hasilnya lepas cat berlappis-lapis tu
Dah habis mengecat baru la start memaku..nasib la kayu nya tak pecah sebab kayu lama kan, jadi risau juga kalau pecah kayunya.
Jadi ini lah stand laptop untuk meja kerja Ida. Ok la tu kan. Kat Shopee ada je tak mahal pun tapi saja la nak jimat buat sendiri sebab nampak simple je..lagipun ada kayu lebihan kat belakang rumah. Dari buang kayu tu baik fikir nak diy apa guna kayu tu.hehehe
Ruang bawah tu boleh la letak keyboard kan. Jadi jimat ruang untuk menulis kat depan laptop tu.
SELAMAT MENCUBA!
23 Comments
comel je, very simple dan fucntional.. yang penting rajin nak diy, dan kreatif memang jimat banyak
ReplyDeletebetul tu..kena rajin sikit la
DeleteThis looks really good and nice. And not to mention affordable since this is DIY right? Thanks for sharing. Might want to try this too.
ReplyDeletewah! mudah, jimat dan tahan lama lah! haahh idea kreatif ni. khai dulu pun ada satu almari tapi macm2 guna daripada almari baju jadi almari buku ahaha kenangan betul
ReplyDeletehehe..macam2 boleh buat sebenarnya
DeleteWahhh rajinnya nak buat DIY camni..heheh kte semua serah pada suami haha sbb tangan x seni wakaka..
ReplyDeletetangan kita pun tak seni juga tapi try and error je
DeleteOh wow.... this is a good DIY. I need to do one for me. Hehehe. Thank you for sharing dear.
ReplyDeletetry la mesti puas hati
Deletememang puas hati dapat buat sendiri, cantik pula tu :)
ReplyDeletekan puas hati buat sendiri..boleh ikut suka size ukuran kita
DeleteWahhh rajinnya menukang. Puas hati bila tengok produk hasil titik peluh sendiri kan. Nampak mudah tp renyah sebenarnya. Kena banyak sabar nak buat
ReplyDeleteyes puas hati buat sendiri..memang kena gigih sikit..hehe
DeleteHuyooo akak buat sendiri. Nice. Saya tengok kat tiktok ramai beli stand laptop. DIY sendiri lg jimat dan praktikal. Tahniah akak berjaya DIY!
ReplyDeletebetul ramai yang beli..harganya tak mahal pun tp saja la nak buat sendiri
DeleteLagi puashati buat sendiri ni sebab boleh adjust dan ukur ikut saiz laptop kita.. cuma nak kena perlukan masa dan kegigihan juga kann..kalau Sis ko ni, memang tunjuk aje le gamaknya hehehe
ReplyDeletehahaha..betul boleh adjust ikut ukuran laptop sendiri..lagi puas hati
Deletesimple and yang penting bagus untuk pengudaraan laptop tu. haha..seronok tengok orang rajin bertukang camni..
ReplyDeletebetul tu...bagus untuk pengudaraan laptop
Deletemenarik! kalau pndai bertukang ape pun boleh jadi hehee :)
ReplyDeletehahah..kita main buat je ni
Deleteyes. kalau mampu buat sendiri, kenapa tidak? lagi jimat n kreatif kan?
ReplyDeletebetul tu abam kie
Delete