DIY STAND LAPTOP SIMPLE DAN JIMAT

Assalammualaikum..

Semenjak bilik stor dijadikan bilik kerja, so macam-macam idea la yang ada nak mencantikkan bilik kerja. Selepas selesai cat bilik dan deko hari tu. Setiap hari tengok ke Shopee pula mencari barang-barang untuk deko meja pula.



Kalau ikutkan memang banyak la yang berkenan. So baru ni Ida ada berkenan stand laptop tu, memikir juga la nak membeli sebab memang ida dah guna stand yang beli kat IKEA dulu.

Kebetulan kat belakang rumah ada kayu lama yang jiran sebelah buang. Dia tak nak guna so Ida mintak la nak amik untuk DIY. Kayu tu Ida dah selesai buat rak letak pokok kat belakang, so ada la lebihannya. Jadi Ida fikir nak buat stand komputer sendiri.



Ida tengok contohnya kat Shopee just pasang kayu simple macam tu je. So Ida gunakan itu untuk olah sikit je. Lagi senang sebab Ida boleh ukur dan buat ikut size yang Ida nak untuk meja kerja Ida.

Nasib la baru beli gergaji baru so senang la nak memotong kayu-kayu kecil
 ni kan.heheh. Gergaji pun beli kat MR. DIY belakng rumah je.



Ukuran ini Ida buat ikut ruang yang meja yang Ida, kiranya ngam-ngam la dengan luas meja tu. Dah siap ukur so Ida potong la ikut ukuran yang dah ada.

Lepas habis memotong tu, Ida gunakan kertas pasir untuk bersihkan sisa-sisa kayu yang ada supaya nanti takde lah terkena kayu-kayu halus die tu kan. ( panggil apa dah lupa plak masa menaip ni ).

Dah settle baru la Ida mula mengecat. Cat pun gunakan cat yang ada, nasib la ada cat putih yang lebih masa cat bilik hari tu. Dia bukan cat kayu jadinya Ida kena cat banyak kali supaya nampak cantik kayunya. Rasanya dalam 5-6 lapis juga Ida cat. Lepas kering..cat lagi lagi sampai tak nampak jalur kayu tu.


Ini hasilnya lepas cat berlappis-lapis tu





Dah habis mengecat baru la start memaku..nasib la kayu nya tak pecah sebab kayu lama kan, jadi risau juga kalau pecah kayunya.



Jadi ini lah stand laptop untuk meja kerja Ida. Ok la tu kan. Kat Shopee ada je tak mahal pun tapi saja la nak jimat buat sendiri sebab nampak simple je..lagipun ada kayu lebihan kat belakang rumah. Dari buang kayu tu baik fikir nak diy apa guna kayu tu.hehehe

Ruang bawah tu boleh la letak keyboard kan. Jadi jimat ruang untuk menulis kat depan laptop tu.

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

23 Comments

  1. comel je, very simple dan fucntional.. yang penting rajin nak diy, dan kreatif memang jimat banyak

    ReplyDelete
  2. This looks really good and nice. And not to mention affordable since this is DIY right? Thanks for sharing. Might want to try this too.

    ReplyDelete
  3. wah! mudah, jimat dan tahan lama lah! haahh idea kreatif ni. khai dulu pun ada satu almari tapi macm2 guna daripada almari baju jadi almari buku ahaha kenangan betul

    ReplyDelete
  4. Wahhh rajinnya nak buat DIY camni..heheh kte semua serah pada suami haha sbb tangan x seni wakaka..

    ReplyDelete
  5. Oh wow.... this is a good DIY. I need to do one for me. Hehehe. Thank you for sharing dear.

    ReplyDelete
  6. memang puas hati dapat buat sendiri, cantik pula tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan puas hati buat sendiri..boleh ikut suka size ukuran kita

      Delete
  7. Wahhh rajinnya menukang. Puas hati bila tengok produk hasil titik peluh sendiri kan. Nampak mudah tp renyah sebenarnya. Kena banyak sabar nak buat

    ReplyDelete
  8. Huyooo akak buat sendiri. Nice. Saya tengok kat tiktok ramai beli stand laptop. DIY sendiri lg jimat dan praktikal. Tahniah akak berjaya DIY!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ramai yang beli..harganya tak mahal pun tp saja la nak buat sendiri

      Delete
  9. Lagi puashati buat sendiri ni sebab boleh adjust dan ukur ikut saiz laptop kita.. cuma nak kena perlukan masa dan kegigihan juga kann..kalau Sis ko ni, memang tunjuk aje le gamaknya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..betul boleh adjust ikut ukuran laptop sendiri..lagi puas hati

      Delete
  10. simple and yang penting bagus untuk pengudaraan laptop tu. haha..seronok tengok orang rajin bertukang camni..

    ReplyDelete
  11. menarik! kalau pndai bertukang ape pun boleh jadi hehee :)

    ReplyDelete
  12. yes. kalau mampu buat sendiri, kenapa tidak? lagi jimat n kreatif kan?

    ReplyDelete