"Mummy Ayu's Birthday Giveaway"

Assalammualaikum...



klik pada banner


tarikh tutup giveaway:  8 Nov 2021 (hari Isnin) 12.00 noon


8 ESSENTIAL LIFESTYLE TIPS FOR HORMONE BALANCE

Assalammualaikum...


8 ESSENTIAL LIFESTYLE TIPS FOR HORMONE BALANCE




1. Exercise regularly

2. Eat organic

3. Avoid toxic cosmetics

4. Use natural remedies

5. Prioritize self care

6. Avoid toxic cleaning products

7. Hydrate regularly

8. Get your zzz's

KEBAIKAN HERO KIDDO SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Assalammualaikum...

Ramai yang masih tak tahu kan Shaklee ada keluarkan produk terbaru iaitu Hero Kiddo. Ia merupakan multvitamin yang sangat bagus untuk anak-anak.


Hero kiddo ini membekalkan nutrient penting untuk menyokong kesihatan dan meningkatkan pertahanan anak-anak dengan perisa ceri yang sangat sedap dan bentuk gummy bear yang comel.



Sesuai diambil untuk kanak2 berusia 4 tahun dan ke atas.

KEISTIMEWAAN HERO KIDDO SHAKLEE
  • Ada ekstrak elderberri yang tinggi oksidan
  • Vitamin C, Vitamin D dan Zinc nutrisi utama yang diperlukan untuk kuatkan sistem imun kanak-kanak
  • Rasa buah ceri semulajadi yang enak, dirumus khas tanpa ada gula. Sesuai sangat untuk anak-anak.
  • Bebas gula, Non GMO, bebas gluten, bebas soya, Vegan
  • Tiada ada perisa , pemanis atau pengawet buatan

4 KANDUNGAN UTAMA HERO KIDDO



1. Elderberry

Buah beri hitam ini berasal dari Eropah. Elderberry ini kaya dengan antioksida yang membantu menyokong kesihatan yang baik.




2. Vitamin C

Vitamin C memang penting untuk kesihatan kita mahupun anak-anak. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin C yang sangat baik.



3. Vitamin D

Ia merupakan vitamin larut lemak. Badan kita menghasilkan vitamin D apabila kulit kita terdedah pada cahaya matahari secara langsung. Vitamin D juga terkandung dalam sesetengah makanan.




4. Zink

Zink merupakan minreal penting yang terdapat dalam pelbagai makanan.



KEBAIKAN HERO KIDDO SHAKLEE


  •  Memberi sokongan sistem imun badan
  •  Membekalkan nutrient penyokong kekebalan tubuh
  •  Mengandungi bahan ramuan mesra gigi. Manisan dari bahan semula jadi ( berasaskan eritritol dan xylitol ) yang tidak memberi kerosakan gigi terutama kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

Email : chintashoope@gmail.com
No ID: 1074293

KATA MADAH 55#

Assalammualaikum..





" ADAKALA SEORANG SAHABAT SANGGUP MEMPERSENDAKAN DIRINYA,
BUKAN KERANA DIA SENGAJA BERBUAT BEGITU,
TAPI KERANA DIA TAK INGIN MELIHAT KITA DALAM KESEDIHAN "


Seorang sahabat yang baik adalah bila dia sanggup memalukan diri sendiri untuk melindungi sahabatnya dari dapat kesedihan.

Bukan sahaja bagi seorang sahabat tapi juga oranng lain sama ada kita kenal atau tidak. Tidak perlu sesuka nak memalukan orang itu sesuka hati. Jangan kerana mulut badan binasa..jangan kerana mulut hati terasa. Bila apa yang dikatakan itu menyakitkan, kalau orang tu tak maafkan sampai ke hujung nyawa korang berhutang maaf dekat orang tu tau.

So hati-hati la dengan setiap perkataan..percakapan yang keluar dari mulut, jangan sehingga menyakitkan hati orang lain.


REVIEW: PHILIPS WIRELESS CONVENIENCE

Assalammualaikum...

Sebelum ini Ida ada kongsikan DIY stand laptop yang Ida buat sendiri untuk meja kerja Ida. Jadi kali ini Ida nak kongsikan keyboard dan mouse yang Ida beli di Shopee untuk mudahkan kerja Ida nak menaip.



Mulanya memang fikir sama ada nak beli jenis wired atau jenis wireless. Kalau jenis wired memang agak murah dan ada banyak jenis, jadi rambang mata sebab cantik-cantik juga. Kalau jenis wireless agak mahal dan design dia pun agak terhad.

Kalau tengok dalam keyboard viral yang warna warni tu memang cantik dan agak mahal jugak. Punya la beberapa hari Ida cari akhirnya beli juga keyboard wireless dari Philips dengan harga yangt berpatutan juga bagi Ida.

PHILIPS WIRELESS CONVENIENCE


Keyboard ini ada disertakan dengan mouse sekali. So uolls tak perlu pening-pening nak beli mouse yang lain pula. Keyboard ni bila menaip memang lembut sangat. Kira uolls menaip tu takde la juat sangat bunyinya. Mouse die pun lembut je.

Keyboard ni ada 4 pilihan warna iaitu black, white, pink dan cyan. Ida mulanya nak beli warna putih sebab stand laptop Ida pun memang cat warna putih. Tapi bila tengok balik macam tak nampak ceria sebab satu warna je. So Ida ambil warna cyan bagi nampak menyerlah sedikit. Nak warna pink Ida tak berapa berkenan sebenarnya.hahaha.




Lagipun stantionery box dekat meja kerja pun ada warna cyan ni..macam hijau pastel so masukkan warna die dengan keyboard ni. USB keyboard dengan mouse ni guna satu je tau. So bila uolls pasang die akan connect untuk kedua device ni.

DETAILS PHILIPS WIRELESS CONVENIENCE

  • Wireless keyboard and mouse combo Wireless mouse 
  • Connect: USB receiver 
  • Number of button:4 
  • DPI:1000-1600 
  • Power:1*AAA battery 
  • Mouse size:97*57*32mm 
  • Wireless keyboard 
  • Number of keys:104/105 
  • Key store:3 million 
  • Power:2*AAA battery 
  • Keyboard weight:345g 
  • Keyboard size:416.7
  • 117.8*24.3mm




Bagi Ida berbaloi juga beli jenama Philips ni siapa da warranty lagi 1 tahun, so bila uolls pakai dan ada kerosakan boleh juga la tukar nanti dengan Philips kan. Tapi pastikan masih dalam masa 1 tahun la..hehe.



Macam ini la keadaan ruang meja kerja Ida buat masa ni. Mungkin akan beli perhiasan lain masa akan datang.haha. Tiap hari ada je benda yang menarik perhatian mata ni tau.




Uolls yang berkenan dengan keyboard ni boleh terus beli di link yang ida bagi ini. Even dalam Shopee dan Lazada juga ada.

Link Philips Wireless Convenience: https://bit.ly/3vzaHOw

DIY STAND LAPTOP SIMPLE DAN JIMAT

Assalammualaikum..

Semenjak bilik stor dijadikan bilik kerja, so macam-macam idea la yang ada nak mencantikkan bilik kerja. Selepas selesai cat bilik dan deko hari tu. Setiap hari tengok ke Shopee pula mencari barang-barang untuk deko meja pula.



Kalau ikutkan memang banyak la yang berkenan. So baru ni Ida ada berkenan stand laptop tu, memikir juga la nak membeli sebab memang ida dah guna stand yang beli kat IKEA dulu.

Kebetulan kat belakang rumah ada kayu lama yang jiran sebelah buang. Dia tak nak guna so Ida mintak la nak amik untuk DIY. Kayu tu Ida dah selesai buat rak letak pokok kat belakang, so ada la lebihannya. Jadi Ida fikir nak buat stand komputer sendiri.



Ida tengok contohnya kat Shopee just pasang kayu simple macam tu je. So Ida gunakan itu untuk olah sikit je. Lagi senang sebab Ida boleh ukur dan buat ikut size yang Ida nak untuk meja kerja Ida.

Nasib la baru beli gergaji baru so senang la nak memotong kayu-kayu kecil
 ni kan.heheh. Gergaji pun beli kat MR. DIY belakng rumah je.



Ukuran ini Ida buat ikut ruang yang meja yang Ida, kiranya ngam-ngam la dengan luas meja tu. Dah siap ukur so Ida potong la ikut ukuran yang dah ada.

Lepas habis memotong tu, Ida gunakan kertas pasir untuk bersihkan sisa-sisa kayu yang ada supaya nanti takde lah terkena kayu-kayu halus die tu kan. ( panggil apa dah lupa plak masa menaip ni ).

Dah settle baru la Ida mula mengecat. Cat pun gunakan cat yang ada, nasib la ada cat putih yang lebih masa cat bilik hari tu. Dia bukan cat kayu jadinya Ida kena cat banyak kali supaya nampak cantik kayunya. Rasanya dalam 5-6 lapis juga Ida cat. Lepas kering..cat lagi lagi sampai tak nampak jalur kayu tu.


Ini hasilnya lepas cat berlappis-lapis tu





Dah habis mengecat baru la start memaku..nasib la kayu nya tak pecah sebab kayu lama kan, jadi risau juga kalau pecah kayunya.



Jadi ini lah stand laptop untuk meja kerja Ida. Ok la tu kan. Kat Shopee ada je tak mahal pun tapi saja la nak jimat buat sendiri sebab nampak simple je..lagipun ada kayu lebihan kat belakang rumah. Dari buang kayu tu baik fikir nak diy apa guna kayu tu.hehehe

Ruang bawah tu boleh la letak keyboard kan. Jadi jimat ruang untuk menulis kat depan laptop tu.

SELAMAT MENCUBA!

HEALTH QUOTES 45#

Assalammualaikum...





" THERE IS NOTHING LIKE RETURNINF TO A PLACE THAT REMAINS UNCHANGED TO FIND THE WAYS IN WHICH YOU YOURSELF HAVE ALTERED "

~ Nelson Mandela

6 TIPS HOW TO EAT LESS

Assalammualaikum...


6 TIPS HOW TO EAT LESS




1, Brush your teeth after eating

2. Drink a glass f water before your meal

3. Include high volume and low calorie foods

4. Eat more lean protein

5. Use smaller plates

6. Don't eat out of the packaging

SUKA PERMAINAN ZAMAN BELAJAR DULU?NAK MAIN SECARA PERCUMA? SOLITAIRE.ORG KAN ADA

Assalammualaikum...

Masih ingat tak zaman dulu, kita selalu akan bermain permainan kad dalam komputer. Masa itu la game paling seronok selain Minesweeper. Mesti pernah main kan?




Kali ini uolls boleh mainkan permainan kad macam ni di Solitaire.org. Dah lama sebenarnya Ida tak main permainan kad macam ni. Bila dapat tahu website ni macam teringat nostalgia lama je.

Dah lama tak main permainan ini, wah agak susah juga nak main. Sebab ada teknik die nak susun kad, bukan boleh main susun je sebenarnya tau.




Dan dalam ni ada cara yang betul nak bermain permainan kad ni, uolls boleh tengok video die di bawah



Selain daripada permainan kad macam ni, ada juga permainan lain. Siapa suka main mahjong atau permainan cari barang tersembunyi ( hidden object games ). Mencabar tau permainan macam ni. Uolls kena gunakan otak dan mata untuk mencari dan memikir. Jangan risau ada juga permainan lain, uolls klik je kat page bawah die.



Ini antara pilihan mainan lain yang uolls boleh check out dan try main.





Ida pun suka permainan mahjong dengan cari barang tersembunyi ni. Kadang tu stress juga sebab tak jumpa barangnya.hahaha



Permainan macam ni Ida suka sebab nak cari match tapi mencabar juga sebenarnya tau. Kalau silap langkah uolls akan stuck kat situ. Dah takde jalan keluar lagi.

THE PALACE HOTEL HIDDEN OBJECTS





Ini permainan yang Ida main dan agak mencabar sebab gambar die agak lama dan agak kecil barang die. Kadang tu terpaksa la tekan hint.hahaha.

Jom check out video ni yang Ida rekod masa main game ni. Actually banyak je game yang Ida main tapi Ida tak tunjuk semuanya. Uolls boleh tengok sendiri dalam website die. Semua ni uolls boleh main secara PERCUMA di Solitaire.org. Tak perlu nak download atau bayar apa-apa. Buka website ini, lepas tu uolls boleh terus main.




Ini permainan legend yang Ida suka main masa zaman kolej dulu tapi lain sikit grafik die. Nama die Zuma Deluxe atau Luxor. Ada satu lagi yang macam fluffy sikit haiwan die apa nama Chuzzle. Mesti ada yang biasa main dulu kan.



Siapa yang suka main permainan online boleh la try buka website ni. Bukan kita sahaja boleh main, anak-anak pun pasti seronok nak main. Yelah tak perlu nak download lagi kan.

RESEPI IKAN MASAK CUKA



Assalammualaikum...

Selalu kalau beli ikan kembung memang suka buat masak cuka. So kali ini Ida nak kongsikan resepi ikan masak cuka yang Ida jumpa dalam socmed. Resepi yang Ida masak lebih kurang sama dengan resepi ini cuma Ida tak masukkan beberapa bahan sebab ikut pada bahan yang ada dalam dapur je.hahaha




RESEPI IKAN MASAK CUKA

  • Ikan tongkol/bawal/nyok2/kembung/lain2
  • Bawang putih 7 ulas-dikupas sahaja
  • Bawang merah kecik 10 biji-kupas kulit sahaja
  • *Klu xde boleh pkai bawang besar 3 biji-dipotong
  • Biji sawi 1 sudu kecil
  • Halia 2 inci-dihiris
  • Cili api
  • Sedikit kunyit
  • Cuka 5 sudu besar-boleh adjust
  • Timun
  • Tomato

Cara-caranya:

Lumur ikan dgn kunyit dan garam.
Goreng ikan macam biasa.
Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak
Tumis bawang,halia,kunyit dan biji sawi smpai naik bau..

Masukkan air dan cuka.
Blh adjust nk masam lebih atau kurang..
Nak berkuah banyak atau sikit..

Masuk timun dan ikan.. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.. Masuk tomato..tutup api..

Angkat dan hidang..

Simple..tapi sedap ya amat!!

Cdt: murni rahmat