RESEPI IKAN MASAK CUKA



Assalammualaikum...

Selalu kalau beli ikan kembung memang suka buat masak cuka. So kali ini Ida nak kongsikan resepi ikan masak cuka yang Ida jumpa dalam socmed. Resepi yang Ida masak lebih kurang sama dengan resepi ini cuma Ida tak masukkan beberapa bahan sebab ikut pada bahan yang ada dalam dapur je.hahaha




RESEPI IKAN MASAK CUKA

  • Ikan tongkol/bawal/nyok2/kembung/lain2
  • Bawang putih 7 ulas-dikupas sahaja
  • Bawang merah kecik 10 biji-kupas kulit sahaja
  • *Klu xde boleh pkai bawang besar 3 biji-dipotong
  • Biji sawi 1 sudu kecil
  • Halia 2 inci-dihiris
  • Cili api
  • Sedikit kunyit
  • Cuka 5 sudu besar-boleh adjust
  • Timun
  • Tomato

Cara-caranya:

Lumur ikan dgn kunyit dan garam.
Goreng ikan macam biasa.
Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak
Tumis bawang,halia,kunyit dan biji sawi smpai naik bau..

Masukkan air dan cuka.
Blh adjust nk masam lebih atau kurang..
Nak berkuah banyak atau sikit..

Masuk timun dan ikan.. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit.. Masuk tomato..tutup api..

Angkat dan hidang..

Simple..tapi sedap ya amat!!

Cdt: murni rahmat

Post a Comment

3 Comments

  1. Syu suka lauk ni. Kalau makan nasi memang bertambah. Tapi husband tak berapa minat masak cuka ni. So, jarang masak lauk ni. Hu3.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Suka jugak lauk ni walaupun simple

    ReplyDelete