Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021



Assalammualaikum...







Jom support blogger Syamimi. Kita support each other memandangkan sejak pandemik ni memang agak sibuk dengan PDPR anak-anak di rumah.


Tarikh akhir : 25 Jun 2021

REVIEW: PORTABLE NANO ATOMIZER

Assalammualaikum...

Bab kebersihan diri bukan itu je kena jaga, kebersihan lain pun kena jaga jugak. Musim pandemik macam sekarang ni, bab ni memang kena dititikberatkan.



Mulanya Ida baca dalam media sosial, orang dok sanitizer kat rumah. So masa tu terfikir macam mana nak sanitizer satu rumah, ingatkan beli mesin besar yang selalu tengok dalam TV tu, rupanya ada yang mudah kita nak gunakan di rumah. Kebetulan masa tu tengok dekat kedai haiwan masa Ida pergi beli makanan kucing baru-baru ni. Tak sangka dalam Shopee pun ada jual.

REVIEW: PORTABLE NANO ATOMIZER



Jom baca sikit details produk ni :

  • Wireless battery 300ML:
  • Bottle : 300 ml /400ml/800ml
  • Nominal voltage: 110-240V (universal) / 50HZ/60HZ
  • Nominal power: 10 W
  • Charging voltage: DC12V
  • Charging time: 2 h
  • Working hours: 3-5H
  • Spraying distance: 3M

Actually ada banyak jenis machine sanitizer ni. Ikut pada bajet dengan citarasa uolls. Ada yang lebih kecil dari ni. Kalau macam ni ada skrin, ada jenis lain takde skrin.



Kalau macam ni ada skrin lampu kalau uolls tengah charge, nak low atau high spray. Lampu tu akan menyala nanti





Dapat kat budak-budak ni masa try tadi, main sembur-sembur macam pistol air pula. Aduh..sabar jelah. Nama pun budak-budak. Nasib la guna air paip je. Jangan nanti letak sanitizer air tu korang buat main sembur-sembur pula. Habis...

Bagi Ida berbaloi la beli machine spray ni, at least lepas uolls balik kerja, atau pergi kedai ke. Boleh spray dulu sebelum masuk rumah. Betul tak? Lepas tu seminggu sekali ke boleh spray sekeliling rumah..dekat perabot. Yelah, bakteria ni mana la kita nak nampak kan.

Uolls nak dapatkan spray ni boleh klik kat link bawah. Ada harga yang berlainan, ini Ida jumpa yang lebih murah. Kalau uolls dapat lebih murah, rezeki uolls la kan.

Sanitizer spray machine : https://bit.ly/35J1Eyn


SELAMAT BERSHOPPING!!




HEALTH QUOTES 39#

Assalammualaikum..




" THE PROCESS OF HEALING DOES NOT END WHEN WOUNDS ARE NO LONGER VISIBLE. IT ENDS WHEN THE WOUNDS NO LONGER ACHE "


~ Shenaia Lucas


5 WAYS REGULAR EXERCISE KEEPS KIDS HEALTHY

Assalammualaikum...


5 WAYS REGULAR EXERCISE KEEPS KIDS HEALTHY



1. Improves coordination & motor skills

2. Reduce obesity risks

3. Help build self-esteem, character & confidence

4. Improves sleep quality

5. Maintain healthy muscle, bones & joints

"Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist"

Assalammualaikum...



klik pada banner



Syarat-syarat segmen ini adalah seperti berikut:

1. Follow blog saya iaitu akukaudansesuatu.blogspot.my .
Follow Instagram saya iaitu www.instagram.com/orangekecik.
Like page facebook saya iaitu, Klubna Laleh Seremban

2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan back link ia ke post ini

3. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment

Segmen ini akan berakhir pada 24 Jun 2021.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP..

Assalammualaikum..

Jeruk mangga asam boi ni sekarang banyak jual di tepi-tepi jalan kan. Masa kita tunggu kat traffic light merah akan ada orang yang jual jeruk mangga asam boi ni.

Idea yang bagus sebabnya bila orang beli, die akan makan dalam kereta. Nak hilangkan rasa bosan masa memandu. Senang kata nak buat kunyah-kunyah dalam kereta.heheh.


Kali ni Ida kongsikan pula resepi jeruk mangga asam boi ni.

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI KRUP KRAP

Bahan-bahan :

  • *2 biji mangga
  • *5 - 6 biji cili api (bole dikurang/ ditambah)
  • * 3 - 4 sudu makan gula pasir
  • *5 biji asam boi
  • *1/4 cawan ais krim soda (nak buh lebih pun boleh)

CARA-CARANYA:


  1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang
  3. Campurkan semua bahan2 lain - gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda..
  4. Siappppp..
  5. Simpan dlm peti ais..semalaman..

HASILNYAAA..

JERUK MANGGA YG RANGUPP GITU..
selamat mencuba..
Jika suka bole share..

Kredit resepi : Faridah
dicuba oleh : sham sabri/

5 TIPS DAN TRICK UNTUK MEMCUCI RAMBUT

Assalammualaikum...

Selain penjagaan kulit muka, penjagaan rambut juga sangat penting tak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Banyak masalah akan berlaku jika tidak menjaga rambut dengan baik. Contohnya masalah rambut berbau, kelemumur, berminyak, masalah rambut gugur dan banyak lagi.

Puncanya masalah rambut ada banyak sebab, antaranya ialah salah dalam mencuci rambut. Jadi hari ni Ida nak kongsikan 5 tips dan trick untuk mencuci rambut yang Ida baca dalam media sosial.




5 TIPS DAN TRICK UNTUK MENCUCI RAMBUT

1. Setelah mencuci rambut, kebanyakan orang menggosok rambut mereka sehingga kering untuk membuang air berlebihan, atau membungkus tuala di bahagian atas kepala mereka. Ini bukan amalan terbaik. Sebagai gantinya, tepuk perlahan rambut basah anda dengan tuala dan balut tuala secara longgar di sekitar rambut anda dan biarkan selama beberapa minit untuk membuang air berlebihan.

2. Sapukan conditioner atau serum ringan untuk memastikan rambut anda mengekalkan kelembapan selepas mencuci. Ini juga akan membantu anda menguraikan rambut dengan lebih mudah, terutamanya jika panjang.

3. Jalankan sikat gigi lebar ke rambut basah anda untuk menghilangkan kusut. Mulailah menyikat rambut anda dari hujung hingga ke bahagian atas. Dengan cara ini anda akan mengikat simpul anda dengan lebih mudah, dan mengelakkan rambut menjadi kusut.

4. Semasa menggayakan rambut anda, pastikan anda menggunakan serum pelindung haba sebelum menggunakan pengering rambut, pelurus atau besi pengeriting. Ini akan membantu anda mengekalkan kelembapan sambil memberi anda gaya yang anda mahukan.

5. Jangan mengikat rambut ketika basah, kerana rambut basah sangat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya anda tidak dapat membiarkan rambut anda jatuh, ikatlah dengan longgar dengan tali elastik bebas cengkaman atau tutup dengan selendang. Mengikuti petua ini akan membantu anda menguruskan rambut dan menjadikannya glamor seperti keperibadian anda!

SELAMAT MENCUBA!

HEALTH QUOTES 38#

Assalammualaikum...





" RECOVERY ISN'T JUST ABOUT PHYSICAL RESTORATION. IT'S ALSO ABOUT FEELING INSPIRED AND MOTIVATED, YOUR MIND BRIMMING WITH IDEAS AND ENTHUSIASM "


~ Jennifer Mulder


AIR TUMBLE MAT: THE BEST AIR TUMBLE MAT ONLINE

Assalammualaikum...


AIR TUMBLE MAT: THE BEST AIR TUMBLE MAT ONLINE


Pernah dengar Tumble mat?

Tumble mat merupakan salah satu syarikat atau pembekal terbesar di dunia yang mahir dalam menghasilkan tikar udara yang telah mempunyai pengalaman yang meluas selama beberapa tahun.


Walaupun ada syarikat lain yang juga menawarkan tikar udara yang sama tetapi kualitinya agak kurang baik berbanding Tumble mat, malah semakin merosot mengikut peredaran masa. Tumble mat mencuba sedara upaya bagi mengembangkan kualiti tikar udara dari masa ke semasa agar dapat memastikan setiap bahagian menghasikan kualiti yang terbaik. Selain itu, selepas melakukan beratus-ratus kali ujian, ia dijamin dapat menghasilkan putaran udara yang lebih tahan lama dan selamat kepada para pengguna. Malah perkhidmatan pelanggan Tumble mat juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan pelanggan yang melakukan pesanan sehingga menjelaskan dengan baik tentang  panduan cara menggunakan jalur udara.

Best Air Gymnastics Track Floor Air Mat For Tumbling


P1 Air Gymnastics Track Floor (P1 Thick-4in)



Bagi tikar udara ini terdapat dalam dua warna iaitu biru dan kelabu. Material yang digunakan adalah ia diperbuat daripada DWF.

Apa itu Double Wall Fabric (DWF)?

Double Wall Fabric (juga dikenali sebagai Drop Stitch Fabric) terdiri daripada dua lapisan kain yang dipisahkan oleh sistem benang tenunan (50-200mm). Sistem penghubung benang menghasilkan hubungan yang sangat kuat antara lapisan. Kain dinding berkembar mempunyai lapisan atas PVC kedap udara dan boleh disesuaikan secara individu mengikut spesifikasi pelanggan.

Kebaikan DWF adalah :

Serat poliester yang dijahit di dalam tilam menghalang lenturan atau pemintalan bahan. Jadi ini membuatkan bahan ini menjadikan tikar udara menjadi :

  • Berat yang ringan
  • Proses lebih mudah
  • Tahan sejuk
  • Tahan panas
  • Ketahanan udara
  • Lekapan kuat
  • Kestabilan UV

Air Tumble Mat ini terdapat dalam pelbagai size yang berlainan.

Antaranya ialah: 

  • 12ft x 6ft x 4in ( 3.5mx1.8mx0.1m )
  • 13ft x 6ft x 4in ( 4mx1.8mx0.1m )
  • 16ft x 6ft x 4in ( 5mx1.8mx0.1m )
  • 20ft x 6ft x 4in ( 6mx1.8mx0.1m )
  • 23ft x 6ft x 4in ( 7mx1.8mx0.1m )
  • 27ft x 6ft x 4in ( 8mx1.8mx0.1m )
  • 30ft x 6ft x 4in ( 9mx1.8mx0.1m )
  • 33ft x 6ft x 4in ( 10mx1.8mx0.1m )
  • 36ft x 6ft x 4in ( 11mx1.8mx0.1m )
  • 40ft x 6ft x 4in ( 12mx1.8mx0.1m )
  • 43ft x 6ft x 4in ( 13mx1.8mx0.1m )
  • 46ft x 6ft x 4in ( 14mx1.8mx0.1m )
  • 50ft x 6ft x 4in ( 15mx1.8mx0.1m )

NEW ARRIVAL!!
NEW ARRIVAL!!



Model Baru Rainbow 3* 0.9M Air Tumble Track Airfloor (P1 Thick-4in)


Model ini hanya terdapat dalam satu size sahaja iaitu 10ft x 3ft x 4in
( 3mx0.9mx0.1m ) dan hanya ada warna pelangi sahaja. Material yang digunakan tetap sama iaitu Double Wall Fabric (DWF).

Lihat video di bawah yang menunjukkan kualiti Air Tumble Mat ini :




Setiap pembelian Air Tumble Mat ini juga didatangkan bersama repair kit tetapi tidak termasuk dengan air pump dan mempunyai jaminan selama 2 tahun.

Sila layari web Tumble mat untuk info lebih lanjut dan follow media sosial Tumble mat.


Instagram : https://www.instagram.com/tumblemat_official/

Facebook : https://www.facebook.com/Tumblemat

Youtube : https://www.youtube.com/c/Tumblemat


HOW MANY HOURS SHOULD YOU SLEEP?

Assalammualaikum...


HOW MANY HOURS SHOULD YOU SLEEP?




1. Newborns ( 0-3 months ) - 14-17 hours

2. Infants ( 4-11 months ) - 12-15 hours

3. Toddlers ( 1-2 years ) - 11-14 hours

4. Pre-schoolers ( 3-5 years ) - 10-13 hours

5. School age children ( 6-13 years ) - 9-11 hours

6. Teenagers ( 14-17 years ) - 8-10 hours

7. Young adult & adults ( 18-64 years ) - 7-9 hours

8. Older adults ( 65+ years ) - 7-8 hours

DECO RUANG LAUNDRY SEMASA PKP KALI INI



Assalammualaikum..

Sudah hampir 2 minggu kita melaksankan PKP kan. Dalam masa sama sekarang juga musim cuti sekolah. Jadi ada je rancang untuk mengisi masa yang terluang. Mana yang terpaksa bekerja dari rumah juga bosan.



Sehari sebelum mula PKP tu, Ida ada plan nak melukis dinding di luar, kawasan laundry/mencuci. Memandangkan ruang membasuh tu bahagian luar dekat bahagian dapur so Ida rancang cuma nak hias sikit je.

Jadi mula la Ida buka kat Pinterest dan Google mana yang sesuai untuk melukis pada dinding laundry. Dan terjumpa la satu lukisan tu. Ida hanya perlu menulis je memandangkan nak melukis, tangan ni bukan la berseni sangat.hahaha. Dan yang selebihnya, Ida hanya nak lukis bentuk geometri sahaja. Tak perlu tangan berseni pun boleh buat sebab main lukis je cincai.HEHE



Ini design yang Ida buat dalam Microsoft Word.


Tulisan tu Ida just google sahaja. Taip la " laundry printable word ", so nanti akan keluar banyak. Pilihlah mana yang berkenan dan mudah untuk uolls buat dan lukis.

Macam Ida just menulis perkataan tu je. Bahagian tepi lukisan tu tak buat. Ida tukar pada geometri sahaja.

Cat pula Ida gunakan saki baki cat yang ada kat rumah. Mulanya tulisan tu nak cat warna kelabu. So agak gelap la sikit memandangkan malas nak beli cat hitam pula.hehehe. Sekalu cat kelabu tu tinggal sikit. Terpaksa la guna cat yang warna die macam nak coklat sikit.

Dinding ni Ida siapkan dalam masa 2 hari sahaja memandangkan bukan la banyak sangat lukisan yang nak dibuat.

Ini prosesnya


Pagi tu Ida tulis dan lukis semua yang nak dibuat



Petangnya rancang nak buat garisan je, sekali terus warnakan bahagian perkataan ni. Sambung pula sampai ke malam


Esoknya sambung warnakan bahagian lain. Doublekan bahagian perkataan yang dah cat semalam


Dan ini la hasilnya...

Esoknya pagi sambung cat semua dan doublekan cat yang lain. Sekejap je nak kering memandangkan bahagian luar, sekarang pula musim panas. Terus sambung buat outline die. So siap la.


Luar garisan outline tu just gunakan marker pen sahaja. Kalau boleh cari yang mata agak tebal sikit sebab kalau mata kecil tak nampak sangat outline die. Tu pun Ida double kan banyak kali outline die.

Sebelah tu Ida akan letak shelf atau rak. Actually ada je rak bawah tu masa Ida buat sendiri dulu tapi just nak jimatkan ruang kalau boleh nak letak bahagian atas sabun baju semua tu. Tengok pada keadaan.

Bahagian ini juga Ida gunakan untuk menanam pokok, so kalau boleh nak bagi kemas sikit.

Tak tahu la pendapat uolls, tapi just nak puaskan hati sendiri melukis kat dinding ni.hahaha..

Oh kalau tanya warna cat tu. Perkataan tu warna Sable Stone, segitiga kecil warna Pebblestone, hijau warna Wondergrass, biru muda tak silap Beryl Charm dan biru tua Atlantic Pool.

So apa projek uolls masa PKP kali ni??