6 HEALTHY TIPS FOR THE HOLIDAY SEASON

Assalammualaikum...



6 HEALTHY TIPS FOR THE HOLIDAY SEASON





1. Everything in moderation

Fill your plate with smaller portions to avoid overindulging

2. Get plenty of sleep

Getting sufficient sleep is necessary to stay healthy

3. Avoid empty calories

Make choices like water or low calorie drinks instead of soda or alcohol

4. Wash your hands

Reduce the spread of germs by washing properly

5. Manage stress

Balance work, home and play. Take time to relax!

6. Keep moving

Any movement counts! Enjoy a walk with family and friends.




WARUNG KUALI PANAS KEMAMAN TERENGGANU

Assalammualaikum...

Mencari makanan lagi. Kali ini Ida pergi jauh sedikit dari kawasan rumah. Hampir ke bandar. Lokasi kali ini di Bukit Mentok Kemaman Terengganu. Asalnya sama juga nak makan je di sekitar rumah. Sampai sana je kedai tutup. Masa pun dah agak lambat sebab rancangnya nak keluar lepas Isyak sebab kedai dekat je dengan rumah. Sekali kedai tutup pula. Takde rezeki nak cuba makanan kat situ.


Kali ni di Warung Kuali Panas yang agak ramai juga orang datang makan kat sini. Kedaiya lot di bahagian hujung, so agak luas jugalah. Sampai sana seperti biasa memang kena ikut SOP ye. Scan code dan pakai mask.

Menu di sini memang banyak. Masakan melayu, western dan shellout. Shellout la paling famous kat sini. Harga pakej shellout ni tak silap dalam RM40 macam tu untuk 2-3 orang makan.Menu yang Ida pilih malam tu western gitu. Malas dah nak makan nasi sebab dah pukul 9 lebih masa tu.

Menu yang Ida pilih ialah:
  • Fried Chicken Chop RM12 atau RM13 dah lupa
  • Grilled Chicken Cheese RM15
  • Mee Kungfu
  • Air barli
  • Jus tembikai

Fried Chicken Chop

Grilled Chicken Cheese



Western di sini sedap dan banyak kuantiti nya. Selalunya bila makan western, french fries memang sikit tapi kat sini banyak ooo..puas hati makan. Yang tak puas hatinya makanan lambat sangat kat sini. Kalau masakan melayu cepat plak. Pekerja situ kata orang order banyak. Ok takpe Ida is tak kisah sangat pun. Puas hati la kalau makanan situ sedap dan banyak macam tu.

Bestnya order air jus tembikai kat anak-anak. Selalu order air jus memang akan bagi jus sahaja la kan. tapi kat sini jus tembikainya siap ada buah tembikai lagi yang dipotong dadu kat atas dia. Bukan sikit. Ada la dalam 7 ketul macam tu. Puas hati!

So siapa yang jalan-jalan di sekitar sini boleh datang makan di sini. Mana tahu memenuhi citarasa uolls kan.

Lokasi

Warung Kuali Panas Kemaman
buka jam 5.30ptg-1pagi
SETIAP JUMAAT CLOSE
Bandar Baru bukit Mentok Kemaman Terengganu


Follow FB

HEALTH QUOTES 32#

Assalammualaikum...




" HEALTH IS MUCH MORE DEPENDENT ON OUR HABITS AND NUTRITION THAN ON MEDICINE "

~ Diet vs Disease

REVIEW: STORAGE ITEM DARI PGMALL

Assalammualaikum...

Pada entry sebelum ni Ida ada kongsikan handbag korean yang Ida beli di PGMall. Handbag je ke?? Tidak ler...mestilah ada beli benda yang lain.hahaha. Selagi duit tak habis..ada je lah nak dibelinya.



Kali ini Ida akan kongsikan storage item yang Ida beli kat PGMall. Ida suka beli storage macam ni sebab nak memudahkan simpan barang-barang. Kebetulan memang cari satu nak letak kat ruang tamu. Geram..semua nak sumbat dalam laci..sudahnya kendur jadi laci tu.huhu.

STORAGE ITEM DARI PGMALL

SOKANO 4 Tiers BR001 Plastic Bathroom Shelf unit/Multipurpose Storage Unit (110cm Height)



Rak organizer ni Ida beli sebab nak letak dalam bilik air. Nak letak segala jenis sabun yang ada kat rak tu. Sebelum ni letak bawah lantai je..so nak kemas beli la organizer ni. Organizer ni siap ada bagi 3 cangkuk dan 1 cangkuk untuk letak sabun ketul.

SOKANO Classic Cartoon Themed Stool Storage Box Foldable Storage Ottoman Fabric Foot Stool Seat Footrest Folding Storage Box Silver



Kotak storage ni beli sebab nak letak kat depan ruang tamu. Selalu barang letak je kat dalam laci TV tu. Sampaikan jadi kendur. Tu yang beli storage macam ni nak letak kat depan. Ingatkan kecil je..rupanya besar. Tak muat nak letak bahagian bawah rak IKEA tu. Stool storage ni boleh duduk tau. Die tulis untuk berat max 250 pound boleh lagi duduk

SOKANO School Bus Collapsible Toy Organizer Box Folding Storage Toy Chest for Kids Bedroom Organizing Books and Toys and Kid Clothes



Storage school bus ni belikan untuk anak-anak. Yelah barang penuh, takde almari so kena ada la storage macam ni. Boleh la letak barang-barang diorang kan. Comel kan. Ruang die pun besar.


6-In-1 Waterproof Light Weight Toiletries Pouch Clothes Storage Bag Travel Luggage Packing Cube Organizer Pink


Bila pergi holiday, storage macam ni la paling selalu beli untuk memudahkan letak barang-barang toiletries, skincare semua. Lagi satu sebab lebih organise untuk packing dalam be.

Travel Star 3 Pcs Set Bear Drawstring Travel Organizer Cloth Organizer Travel Bag Brown



Ni pun storage yang senang nak bawa dna kalis air. Kot la nak letak barang yang cepat basah ke. Atau pantiliner ke. Boleh la letak dalam ni

Travel Star Large Size Drawstring Travel Shoe Bag (44x 32cm) Beg Kasut Dark blue



Travel shoe bag ni senang bawa kalau ada kasut spare nak bawa. Selipar ke..Takde nak bercampur dengan barang lain kan.

OSUKI Camping Tent 2-3 Person Automatic Rapid With Door 1 Window (Blue)




Khemah ni extra item beli. Takde la termasuk dalam storage item tapi lebih kepada camping. Kadang pergi berkelah tepi pantai kan panas. Boleh la guna khemah ni untuk berteduh dan berehat. Tambah perempuan boleh la tersorok sikit kan kalau nak betulkan tudung ke..baju ke kan. Khemah ni muat untuk 2-3 orang. Ok la kan.

Barang-barang ni Ida beli dengan 3 seller. Sama juga ada voucher yang boleh uolls redeem untuk free shipping.

Ini ada video Ida kongsikan dalam Youtube untuk lihat lebih jelas. Selamat menonton



6 in 1 organizer : https://pgmall.my/GDEAL-1

"Giveaway by ejulz & radhia"

Assalammualaikum...







klik pada banner untuk join

Tarikh Tamat : 15 NOVEMBER 2020

KATA MADAH 41#

Assalammualaikum...




" IKHLAS MENERIMA KESALAHAN DAN BELAJAR DARI SETIAP KESALAHAN AKAN MENJADIKANMU KUAT DALAM MENJALANI KEHIDUPAN"


Takde siapa pun yang pernah lari dari kesalahan mahupun kesilapan. Tapi percaya lah. Setiap kesalahan mahupun kesilapan yang kita buat dulu sebenarnya membuat kita lebih matang dan lebih kuat untuk menjalani kehidupan pada masa sekarang. Semua itu satu pengajaran untuk kita.