SESI MENGECAT BILIK TIDUR BAHAGIAN 1

9:47:00 AM

Assalammualaikum..


Lamanya nak update blog, rasa malas pula nak menaip. Alhamdulillah hari ini ada masa sikit terluang, ada mood nak menaip. Kongsikan cerita dengan uolls.



Al kisahnya si abang tiba-tiba mintak nak mengecat biliknya. Katanya nak tema warna biru. So Ida terus la search warna yang menarik, contoh warna bilik tidur yang orang lain kongsikan dalam FB mahupun google. Sekarang ni kan musim corak geometri yamg viral tu. Menarik.

So mula la proses memilih dan membeli cat. Kebetulan dekat rumah dah ada katolog cat yang beli masa nak cat rumah dulu. So refer kat situ je. Pilih punya pilih belilah 3 warna.

Dah beli cat tu, nampak macam pudar pula. Sebab ada 2 warna biru dengan kelabu, kebetulan ada cat hijau masa lebihan dari cat dapur dulu. So gabungkan lah dengan warna cat hijau tu.

warna Pebblestone
warna Wondergreen

warna Atlantic Pool
Warna Ice Turquoise


Hah baru lah menyerlah sikit warnanya. Nasib baik la match 4 warna tu. Mulanya si abang nak warna biru gelap. Ida tak bagilah sebab dia bilik tengah. Nampak gelap lagi nanti biliknya. So dia pun setuju ambil warna biru cerah sikit.

So inilah hasilnya. Alhamdulillah 2 hari mengecat. Pagi dan malam, buat slow2 so jadilah. Usaha jugak la Ida panjat atas tangga untuk cat bahagian atas dinding. Nak guna kayu panjang tu, kang habis terkena siling plak. Bersauna la sekejap dalam 15 minit dalam bilik tu sebab nak kena tutup kipas. Risau kipas terkena kepala nanti.huhu



Next nak cat bilik lain pula. Buat slow-slow je. Walaupun sakit kaki dan tangan ni puas hati. Si abang pun suka warna dalam bilik dia.

You Might Also Like

8 penggomen

  1. ya allah kak. hahaha gile rajin nak cat guna lebih dari 1 warna. ahahha tp lawa dan kemas

    ReplyDelete
  2. Sesuai utk bilik anak lelaki corak abstrak ni.

    ReplyDelete
  3. cantiknya !!! kemas nampak buat cemtu..
    best ada skill ngecat sendiri xyah upah2..

    ReplyDelete