BELI KOMIK LAWAK KAMPUS PRELOVED DI SHOPEE

11:52:00 AM

Assalammualaikum...

Bila mula kebosanan, mula baca balik buku komik Lawak Kampus yang lama kat almari tu. Sebenarnya memang dah lama minat komik mahupun majalah. Sejak dari zaman sekolah rendah lagi.



Kalau siapa masih ingat dengan Majalah ASUH. Dulu masa sekolah rendah memang akan langgan setiap tahun. Mintak ayah belikan.hehehe. Bila dah masuk tingkatan 1 dah stop semua tu, beli majalah lain. Macam Ujang semua tu. Bila masuk kolej..minat pula pada komik Lawak Kampus ni..Utopia dan banyak lagi. Dah besar sikit minat pula dengan majalah Mingguan Wanita.hahaha

Sekarang ni selalu beli buku motivasi dan agama. Dah lama nak beli balik Lawak Kampus ni. Kalau dulu zaman belajar, boleh la beli bila kebosanan. Ni dah lama usha nak beli edisi terbaru..Ida tergerak hati nak beli preloved komik ni. Buka Shopee ada pula..hahaha

So sekali beli hah ko..7 buah buku Komik Lawak Kampus ni. Jilid mana yang belum ada kita beli. Kalau nak gabungkan semua komik yang ada. Memang banyak oo..tapi takdelah sampai 1 almari buku kan.hehehe


Ini antara koleksi komik masa zaman belajar dulu. Belum tambah yang terbaharu ni.



Ini komik yang baru sampai semalam. Bukunya masih baru lagi. Pandai tuan punya buku tu jaga.

Siapa suka baca komik ni mesti teringat zaman dulu kan. Serius mengimbau kembali zaman persekolahan. hahaha

Okay..jom sambung baca

You Might Also Like

5 penggomen