RESEPI NASI TOMATO PRESSURE COOKER YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Terlebih rajin hujung minggu baru ni nak masak nasi tomato. Actually nak try guna pressure cooker yang ibu Ida bagi dulu. So godek-godek la resepinya beberapa hari sebelumnya.




Di sini Ida kongsikan resepinya yang telah diambil dari sumber google. Tak ingat dalam blog siapa.

RESEPI NASI TOMATO PRESSURE COOKER YANG MUDAH




Bahan-bahan:

Untuk nasi :

  • 4 cawan beras
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sdb marjerin
  • 5 sdb tomato puree
  • 4 sdb minyak masak ( ida tak letak )
  • boleh letak kacang peas sekali.
Untuk menumis masuk ke dalam nasi :
  • 2 bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bawang besar dicincang
  • 2 biji tomato dicincang
  • 2 batang serai
  • daun pandan
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • halia dihiris
Untuk ayam masak merah:
  • ayam yang telah digoreng
  • bawang besar dan bawang putih diblender
  • cili boh
  • kulit kayu manis
  • sos tomato
  • sos cili
  • sos tiram
  • gula merah
  • sedikit garam
  • hiasan cili merah dan tomato
Untuk acar
  • nenas/lobak merah pun boleh
  • timun
  • cili merah
  • cuka
  • garam
  • gula
Cara-caranya:

1. Bahan-bahan untuk nasi yang ditumis tu masukkan je terus dalam periuk dengan semua bahan-bahan untuk nasi. Lepas tu tekan je start untuk masak. Selalunya kalau masak nasi dengan periuk nasi biasa dalam 30 minit baru siap masak tapi guna pressure cooker ni dalam 15 minit nasi dah masak. Wah cepat sungguh ( jakun jap sebab tak pernah guna..hahaha )


masukkan periuk nasi yang dah siap semua bahan tu. Buka suis, tekan rice dan start. Nanti akan ada lampu merah kat atas tu sama ada tengah masa atau belum

benda ni uolls kena pastikan betul cara buka die untuk seal wap yang termendap kat dalam. Jangan main buka je periuk nasi tau

wap akan keluar kat sini..biar die keluar habis baru uolls boleh buka penutup nasi. 

2. Untuk ayam masak merah tu biasa je..cuba ida letak gula melaka so sambal die agak gelap sikit.


Lepas dah siap masak ayam merah dan nasi so siap la untuk dihidang. Mudahkan. Cuma banyak barang je untuk sediakan tapi masaknya kejap je..hehe

p/s: sukatan di atas mengikut resepi asal yang Ida ambil tapi tak semua Ida ikut sebab Ida masak nasi lebih dari 4 cawan. So bahan lain Ida lebihkan sedikit ikut anggaran sendiri.haha

SELAMAT MENCUBA!

36 comments:

  1. Wow sedapnya alahaii Ni yg teringin ni

    ReplyDelete
  2. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  3. Pakai pressure cooker senangkan. Ayah saya pun suka pakai pressure cooker. Even masak rendang pun dalam pressure cooker

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut rmai yg beli memang senang..kalau masak rendang pun kejap je kan

      Delete
  4. Bila tengok masakan nasi tomato ni teringin pula nak buat haha... tp xde peessure cooker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..boleh je guna periuk nasi biasa. just ni mempercepatkan je masak nasi

      Delete
  5. Nampaknya nak kena beli pressure cooker la ni kan. banyak benda boleh masak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..boleh la kalau nak beli. masak daging cepat la empuk

      Delete
  6. Kalau baca je pressure cooker, waaa memang tau dah, amasak laa apa je, keje jadi mudah kann..Sis pun suka!!

    ReplyDelete
  7. Tomato rice sounds so delicious and healthy! Boleh try buat di rumah kat MCO. Selamat Berpuasa ya

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa dah lama tak makan nasi tomato. nanti nak masak lah. tapi guna rice cooker je takda pressure cooker hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je guna rice cooker..takde mslh pun. rasa sama jgk..hehe

      Delete
  9. ada pressure cooker ni memang mudah kan kita kan.
    ari ni aida buat nasi daging tau. pressure cooker juga la.
    gerenti jadik punyer lah kan. alhamdulillah...
    nasi tomato ni pun dlm list aida. lom sampai time jer lagi.

    ReplyDelete
  10. Sedaonya nasi tomato. Dah lama tak makan. Nampak gaya kena buat juga nadi tomato ni.

    ReplyDelete
  11. Orang kata guna pressure cooker ini macam-macam boleh masak. Kita tak ada lagi, tapi bila tengok entry ini rasa nak pergi beli buat nasi tomato juga. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun ibu yg bagi..boleh la try masak guna ni pula sekali skala

      Delete
  12. Mesti lembut sangat nasi yang dimasak dalam pressure cooker kan? Rasa pun mesti sebati je. Ya Allah.... suka sangat nasi tomato yang lembut diregu pula dengan ayam masak merah. Memang ngam !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masak daging insyaallah lembut..nasi pun ok je..xkering

      Delete
  13. Dah lama xbuat nasi tomato npk sedap jer.. msk dgn pressure cookerlglah sdp

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nasi tomato tapi takde pressure cooker pula.. Boleh ke masak tanpa pressure cooker ek resipi nih?

    ReplyDelete
  15. Looks so easy! Vee tak pernah sendiri masak nasi tomato, but would love to try! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  16. Wah menarik, masak pakai Pressure cooker.Cepat siapkan..macam nak beli je.Kalau pakai rice cooker lama jugak nak masak nasinya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la kalau nk beli..nk masak guna periuk biasa boleh je..cuma nasi lmbt sikit la masak. mcm ni dlm 15minit..nasi dlm 30minit mcm tu

      Delete
  17. sedapnya nasi tomato! faveret saya ni. hehehehe. memang ngam ngan ayam masak merah kan. hehehe

    ReplyDelete
  18. Kira macam periuk Noxxa kan?
    Masak pun tak lama dan menjimatkan masa.

    ReplyDelete
  19. Okies thanks for the recipe, i have a pressure cooker at home, might want to try this recipe.

    ReplyDelete