14 KOLESKI RESEPI BISKUT RAYA YANG POPULAR DI HARI RAYA

11:03:00 AM

Assalammualaikum...

Ramadhan semakin tiba..mudahan covid-19 ini juga akan hilang secepatnya. Raya tahun ni pun dah nampak akan beraya di rumah sahaja, tak boleh pulang ke kampung. Sepanjang PKP ni pun dah macam- macam resepi viral yang keluar.



So kali ini Ida nak kongsikan resepi biskut raya yang popular, wajib uolls makan masa hari raya nanti. Alang-alang boleh la buat sendiri..mana tahu lebih sedap dari yang uolls beli kan.

14 KOLEKSI RESEPI BISKUT RAYA YANG POPULAR DI HARI RAYA






1. Resepi Semperit susu

Bahan-bahan :

  • 1 ketul butter
  • 2 cawan susu pekat
  • 3 cawan setengah tepung jagung
Cara-caranya:

1. Pukul butter dan susu sebati. Tidak perlu kembang sangat.

2. masuk tepung sikit demi sedikit, bila tidak cukup tambah lagi.

3. Kalau tepung tidak melekat kira cantik untuk ditekan, boleh letak pewarna.

4. Dah siap bakar dengan api atas bawah 170c selama 20 minit.


2. Resepi Red Pearl Cookies

Bahan-bahan :

  • 150g butter
  • 150g tepung gandum
  • 75g gula castor
  • 60g cornflakes
  • 50g choc chip
  • 25g almond nibs
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ceri merah dihilis halus memanjang
Cara-caranya:

1. Masukkan butter dan gula dalam mangkuk besar. Hanya gaul pakai senduk untuk sebati sahaja. Tak perlu pakai mixer nanti terlebih gebu dan biskut akan kembang dan leper bila dibakar.

2. Kemudian masukkan semua bahan di atas kecuali ceri merah.

3. Jika sudah sebati, sudukan atas dulang pembakar. Jangan terlalu besar. Sedang-sedang sahaja.

4. Akhir sekali hias dengan ceri merah

5. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.



3. Resepi Biskut coklat urai

Bahan-bahan :

  • 250g mentega
  • 140g gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 480g tepung gandum
  • 50g serbuk badam
  • 50g serbuk koko
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • coklat urai
Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang

2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla

3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan tepung (masukkan tepung sedikit demi sedikit), pukul sehingga adunan lembut.

4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan

5. Tabur coklat urai di atas dan bakar pada suhu 175c selama 20 minit



4. Resepi Sarang semut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan marjerin
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1 1/2 tepung kastard
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:

1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit.

4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/ pemarut sarang semut. Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan kemudian sudukan ke dalam paper cup.

5. Taburkan coklat rice di atas

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160c selama 15 minit atau sampai masak



5. Resepi Biskut suji

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus/castor
  • 1 cawan minyak sapi
  • hirisan buah ceri
Cara-caranya:

1. Cairkan minyak sapi dalam kuali dan tuang ke dalam bekas menguli.

2. Campurkan dengan 1 cawan gula halus

3. Masukkan pula tepung gandum dan gaul rata dengan sebati.

4. Ambil tepung yang sudah diuli dengan sudu kecil bentuk bulat supaya saiz biskut sama.

5. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.

6. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut sebagai hiasan.

7. Sapu minyak dengan marjerin di atas loyang pembakar sebelum letakkan biskut suji yang telah dibentukkan.

8. Bakar pada suhu 150c dalam masa 15 minit.


6. Resepi Biskut nestum

Bahan-bahan:

  • 250g butter
  • 100g kismis atau choc chip
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:

1. Pukul butter dengan gula hingga putih.

2. Masukkan telur dengan esen vanilla, kacau sebati.

3. Masukkan semua tepung dan nestum, kemudian masukkan kismis.

4. Uli hingga sebati.

5. Bentukkan biskut ikut citarasa. Kemudian bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165c.


7. Resepi Biskut cheese

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 180g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 250g tepung ubi - sanggar 10 minit
  • 225g tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 70g parutan cheddar - letak dalam adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - untuk hiasan
Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan kering.

4. Canai & terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5. Bakar 160c selama 15-20 minit.



8. Resepi Almond london

Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan nestum dikisar halus
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Badam biji dipanggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Papper cup
  • Sedikit minyak jagung
Cara-caranya:

1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.

2. Masukkan nestum, tepung jagung dan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada tangan.

3. Ambil sedikit doh, isi badam dan bentukkan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.

5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat. Kaedah double boiler boleh digunakan

6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji-biji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.

8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.


9. Resepi Almond coklat cips

Bahan-bahan:
  • 180g mentega
  • 30g shortening
  • 1 biji kuning telur
  • 50g gula perang
  • 50g gula castor
  • 180g tepung redrose
  • 30g tepung ubi
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 1/2 tsp coklat emulco
  • 100g choc chips
  • 60g almond nibs
Cara-caranya:

1. Satukan tepung redrose, tepung ubi dan soda bikarbonate,

2. Putar shortening, mentega, gula dan telur sehingga sebati.

3. Masukkan coklat emulco. Masukkan almond nibs dan coklat chips.

4. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

5. Ambil sejemput adunan dan susun di dalam dulang pembakar dan tekan dengan garpu.

6. Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 180c.




10. Resepi Jejari oat


Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • 4oz gula kaster
  • 2 cawan oats dikisar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Bahan hiasan:

  • gula aising
  • tepung susu
Cara-caranya:

1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan oats. Gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan seperti jejari atau ikut citarasa. Bakar pada suhu 170c selama 10-15 minit.

4. Selepas sejukkan golekkan biskut dengan gula aising dan susu tepung.


11. Resepi Nutella pod

Bahan-bahan:

  • 250g buttercup*
  • 200g gula kastor*
  • esen vanilla*
  • 1 biji kuning telur
  • 350g tepung gandum
  • 1 sk soda bikarnonat
  • 1/2 sk baking powder
  • 50g serbuk almond
Cara-caranya:

1. Satukan bahan bertanda *, Guna spatula/senduk kayu sahaja.

2. Jika sudah sebati, masukkan 1 biji telur.

3. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder. Sebatikan semua.

4. Akhir sekali masukkan serbuk almond.

5. Sebatikan dan boleh bentukkan.

6. Bakar selama 25 minit pada suhu 160cc bergantung pada oven sendiri.

7. Bila sudah sejuk, paipkan nutella dalam pod tu dan sedia dimakan.


12. Resepi Bangkit susu

Bahan-bahan:

  • 250g tepung ubi/tapioca flour
  • 1 helai daun pandan digunting kecil
  • 2 sb susu pekat
  • 100g marjerin/mentega
Cara-caranya:

1. Sangar (goreng kering) tepung ubi bersama daun pandan hingga ringan dan sejukkan.

2. Ayak tepung dalam mangkuk. Masukkan gula dan susu, uli hingga sebati.

3. Masukkan mentega sikit2 dan uli lagi sehingga lembut dan boleh dikepal.

4. Canai doh dan terap guna acuan. Susun dalam dulang pembakar, bakar pada suhu 150c selama 12-15 minit

5. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas kedap udara.


13. Resepi Florentine cookies

Bahan-bahan :

  • 200 g tepung florenta
  • 200g badam keping
  • 100g kuaci hitam
  • 20g bijan hitam
Cara-caranya:

1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160c selama 5 minit.

2. Satukan semua bahan dalam bekas, gaul rata hingga semuanya bersalut sempurna.

3. Sediakan loyang 14x14 inci, alas loyang dengan kertas kek

4. Panaskan oven pada suhu 160c

5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.

6. Bakar dalam oven selama 10 minit.

7. Sejurus keluar oven terus potong kepada kepingan.



14. Resepi Biskut Mazola

Bahan-bahan :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula aising
  • 2 cawan kacang tanah kisar
  • 1 cawan minyak jagung
Hiasan:
  • kuning telur
  • kacang tanah goreng
Cara-caranya:

1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.

2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli menjadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.

3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak pada suhu 150c-180c dalam masa 20-25 minit mengikut oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

8 penggomen

  1. raya thn ni pasti sepi. cuma mampu makan biskut yg dibuat sendiri. nak ajak sedara mara dt umah pun x boleh. jom jemput join segmen d blog abam kie, deh?

    ReplyDelete
  2. Sarang semut tu paling favourite. Tapi tak tau lah raya tahun ni macam mana.

    ReplyDelete
  3. suka Red Pearl.. tahun ni tak order lagi (memang tak buat tahu xkan menjadi)
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. Am Marilyn, thanks to Dr Sunday herbal center who cured me of fallopian tube blockage and fibroid with his herbal tuber cleanser. My marriage was on the verge of collapsing, because I was unable to bear a child for my husband. Until I came across Dr Sunday recommendation onLine,of how he has helped numerous childless couples to have children with the help of his wonderful herbal medication, and I contacted him. And he administered his herbs on me.within the space of two months, i became pregnant, I now have a child I can call my own. In case you want to contact him for a similar problem, or all other infertility issues, you can reach him through his email:
    Drsundayherbalcenter@gmail.com He said get herbal medicine to get cure diseases like Breast Cancer,Herpes Virus,Hepatitis B,HIV/Aids,Vagina problems.Lung diseases.

    ReplyDelete