CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI

Assalammualaikum...

Selepas beberapa hari tak bersiaran disebabkan takde idea nak update blog dan keadaan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.


Semalam semua orang bercuti sempena Krismas dan hari ni mungkin ada yang sambung bekerja semula atau lanjutkan cuti. Alhamdulillah hari ini Ida dapat settlekan benda yang dah lama nak buat iaitu buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak. 


Sebelum pergi buka akaun tu biasalah mestilah nak guna fungsi google untuk check apa yang perlu disediakan di bank nanti. Tak ke naya kalau kena ulang balik pula ambil barang yang diperlukan.

Tengok pada kebanyakkannya suruh bawa pelbagai salinan. Kesudahannya tadi semua tu tak guna kecuali surat beranak anak-anak. Kad pengenalan memang dah ada dalam dompet.

So pendapat Ida, korang bawa je semua kad asal atau salinan yang penting. Contohnya:

1. Surat beranak termasuk salinan
2. Kad pengenalan Mykid/Mycard
3. Siji kahwin termasuk salinan
4. Lesen memandu

Macam Ida tadi buka akaun untuk anak-anak dia just mintak surat beranak tak kisah salinan pun. Cuma untuk pengesahan sahaja. Untuk buka akaun Ida just mintak kad pengenalan je. 

Oh minimum untuk buka akaun Tabung Haji hanya RM10 sahaja dan jika untuk daftar haji terus mesti ada simpanan RM1300. Kelakarnya tadi Ida siap tanya takde buku akaun ke? Jawabnya staff tu, dah tak pakai buku akaun dah sekarang puan. Cucuk kad IC je. Zaman kuno jugak aku ni.  Dah lama tak berurusan dengan bank sampai jadi macam ni.hahaha

Alhamdulillah tadi dapat buka akaun anak dan daftarkan mereka haji terus. Berkepul duit raya diorang simpan dek tertangguh hasrat nak buka akaun Tabung Haji. Dh settle semua duit licin simpan dalam Tabung Haji.hehehe. Tadi jenuh susun duit dengan staff Tabung Haji tu. Maaf la dik

Si kecil pula tiba-tiba nak merajuk sebab duit dia dalam tabung dah kosong, so pujuklah kata nanti kita kumpul lagi. Untuk Ida belum mencukupi lagi nak daftar haji. Si abang pula kata nak mummy cukup duit dulu. Nak pergi sama-sama haji dengan mummy. Aduh..sedihnya rasa masa tu. Dah la balik dari bank tu rasa sayu je sebab dah tercapai niat nak bukakan akaun dan daftar haji untuk diorang.

Oh dan jangan lupa bagi akaun kanak-kanak, selepas usia mereka 18 tahun uolls kena tukarkan akaun tu kepada orang dewasa ye. Kalau tidak sampai ke tua la jadi akaun kanak-kanak.hehehe

So bagi uolls kalau anak-anak yang rasa cukup dah duit tu boleh la terus bukakan akaun dan daftarkan haji untuk diorang. Kalau uolls buka akaun tapi duit masih belum cukup, nanti dah cukup uolls pergi la semua untuk daftar haji.

Post a Comment

12 Comments

  1. Tak pergi buat lagi untuk 2 anak bongsu... Tabung pun dah penuh.. Asyik tergangguh sebab nak g TH jauh...

    ReplyDelete
  2. Info menarik, lagi2 sekarang ni tak guna buku tabung haji da. Susah sikit check transaksi

    ReplyDelete
  3. Bagus masukkan wang ke tabung haji untuk anak2 ketika masih kecil senang bila dah besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. at least ada jugak simpanan akan dtg utk diorang

      Delete
  4. Kita dah bukak buku Tabung Haji tapi dah lama xkemaskini duit dalam tu. topup pon idakkk. Nanti nak cek lah

    ReplyDelete
  5. Thank you share ni. Nanti boleh buka akaun tabung haji untuk anak-anak pulak

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah semua mudah dan digital. Rupanya Rm10 sahaja untuk bukak akaun kanak-kanak. Persediaan utk anak2 dah besar dah ada akaun tabung haji kan.

    ReplyDelete