Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik untuk tulis menulis. Nak dijadikan kisah Ida ada kayu lama yang tempat letak katil. Kalau uolls tahu katil kayu lama ada alas kayu kat bawah tilan tu kan. Katil tu pemberian orang so katilnya dah patah tinggal alasnya yang masih ada.
Ikutkan alas katil kayu tu sepatutnya Ida nak jadikan sebagai alas untuk buat taman tanaman kat belakang rumah. Al maklumkan rumah takde tanah so kena buat alternatif lain.
Disebabkan asyik plan tak menjadinya, risau kayu kat belakang tu dah mula mereput. Ida ada idea untuk buat jadi rak kayu untuk letak barang.
So bermulalah cerita Ida angkat semua kayu tu dan pecahkan pada kayu-kayu kecil. Jadi mulalah mengukur nak buat besar mana. Lepas tu beli cat hitam, paku dan kertas pasir untuk mulakan projek.
Kayu yang dah diukur Ida potong guna gergaji yang dipinjamkan oleh jiran.hahaha. Selepas dah siap memotong kayu tu Ida gosoklah guna kertas pasir nak bagi kayu tu bersih dan licin. Al maklumlah kayu lama, so ada retak sikit.
Dah siap bersihkan semua kayu, mulalah proses mengecat. Ida gunakan cat kayu berwarna hitam. Kenapa hitam? Sebab mudah nak match dengan dinding rumah.hehehe
Selepas dibiarkan kering semalaman, mulalah proses menukul Peh..ni mencabar, sebabnya takde orang nak tolong pegangkan kayu. So mulalah senget sana sini, paku tu dah berapa banyak bengkok ku kerjakan.
rak gantung periuk dan letak bekas bawang serta minyak
rak kecil untuk letak bahan masak sebelah dapur
rak untuk letak bahan laundry di luar
Dah selesai semua tu inilah hasilnya. Mulanya nak buat 2 rak sahaja, sekali sampai 3 rak kayu plak. Habis kayu ku kerjakan. Yang lain kayunya dah tak cantik, mulalah nak reput. Ok lah kan. Jimat nak beli kat kedai, rak kayu ni boleh adjust ikut saiz yang kita nak.
Uolls kalau ada kayu dekat rumah, jangan buang. Simpan dulu mana tahu ada idea nak buat diy macam ni jugak kan.
48 Comments
Nice and kreatif juga.. Best3x
ReplyDeleteya Allah rajinya... seronok tgk org buat diy ni..
ReplyDeleteseronok.. sbb tu try jugak buat
Deleterajinnya! Bila ada rak kayu untuk letak semua barang ni nampak kemas dan tersusun je. Warna cat rak kayu tu pun menarik. Tak mudah kotor.
ReplyDeletewarna memudahkan kerja...hehe
DeleteKerja DIY ini sangat seperti my mum. Dia memang suka bertukang sebegini dan dulu, kami selalu jadi peneman untuk pegang kayu, beli paku dan cat perabot. Good job buat DIY - senang nak sesuaikan dengan keperlukan sendiri kan.
ReplyDeleteye betul tu
DeleteDIY lebih menjimatkan duit, dan spend masa bersama-sama famili di dalam membuat kerja. Terbaik hasil kerja. :)
ReplyDeleteyes..jimat la sikit
DeleteTerbaik la Ida. Tercabar lelaki baca ni. Mat Drat tak jadi nak buang kayu alas katil kat rumah ni, kena buat rak jugak Nampaknya. He he he
ReplyDeletehahaha...buat2
DeletePower lah Ida! Girls power! Nad kalau datang idea nak buat camni pun, taktau la ada kekuatan tak nak potong kayu tu pastu nak paku lagi ish. Bila fikir je dah boleh buat terbantut niat. Hebat kak Ida! :D
ReplyDeleteyes power of girl..jangan kata perempuan bertubuh kecil tak boleh buat kan
DeleteSeronok buat benda DIY ni, taniah sebab you boleh buat sorang. Power lah, I nak buat macam ni jugak tapi kerajinan tu tak ada. Selalunya mesti buat separuh jalan lepas tu suami sambung. Haha
ReplyDeletehahaha...usaha jugaklah sampai menjadi..sampai berpeluh2
DeleteWah hebat juga buat diy macam ni, and the racks looks very tahan lasak then those yang kita beli kat kedai.
ReplyDeleteyes agak tahan lasak jugaklah
DeleteWah kreatifnya! Suka tengok org kreatif buat perabut menggunakan kayu ni. Cantik dan yang penting puas hati kan. Nk kene belajar ni. hehehe
ReplyDeleteida pun belajar dari google je
Deleterajinnya. kreatif pulak tu. senang diy ni. ikut citarasa kita. lepas tu lebih murah dari beli yang dah siap. boleh la nnti cuba jugak idea ni. tak payah nak beli rak dah. heheh
ReplyDeleteye betul tu
DeleteRajinnya.. cantik dan kemas..
ReplyDeleterajin sekali sekla..hahaha
DeleteRajinnya. Jimat duit kalau DIY nie. Teringin nak berDIY tapi myra tak kreatif.
ReplyDeletetak kreatif jugak...,main belasah je ni
DeleteWah kreatifnya DIY sendiri semua rak untuk dapur & rumah. Tak payah beli kan memang jimat. Lagi teratur
ReplyDeleteye nampak teratur la sikit
DeleteKreatifnya. Bagus sebab dapat lihat
ReplyDeleteManfaat barangan terbuang menjadi sesuatu yang lebih berfaedah. Dapat 3 rak bukan biashe biashe heheh
hahaha
Deleteseronok dapat buat DIY barang2 especially perabot dan sebagainya. saya kalau ada kelengkapan bengkel asas yang lengkap saya dh buat macam-2
ReplyDeletehehehe...betul tu
Deletekemas bila ada rak... yang penting diy sangat menjimatkan...
ReplyDeleteKreatif betul siap DIY sampai 3 rak. Bagus lah, kayu tak membazir dari rosak. Pastu, jimat kos. Klu beli dah berapa tu setiap satu rak. Terbaik
ReplyDeletethankz
Deleterajin dan kreatif nih , saya kalau buat mau hari2 tenung sebab bangga dengan hasil kerja tangan sendiri
ReplyDeletehaha..terkejut jugak boleh buat ni
DeleteWah kreatifnya diy sendiri ya.. Rajin betul buat benda2 ni.. Kita takde masa lagi nak buat.. InsyaaAllah akan datang ke kan ..
ReplyDeleteinsyaallah
Deletecantik.
ReplyDeletekemas.
praktikal :)
jimat!
thank you
DeleteSeronoknya buat diy macam ni. Guna barang terpakai tak ada membazir duit lepastu cantik je. Airah minat juga nak guna barang lama ni tapi tak ada masa husband nak tolong buatkan
ReplyDeletehehe...tak pe lain kali boleh cuba
DeleteSuch a cute diy wood rack that you have made! This is convenient and can put alot of products after you build it.
ReplyDeleteyes that true
DeleteMommy ni suka DIY! Bagusnya! Mesti anak2 pun menghargai apa yang dah buat sekali kan. Mouse mommy pun turut seronok tengok ni!
ReplyDeleteye btul2..
Deletehebatnya buat sendiri...kalau dekat bolehlah upah awak buatkan satu utk kita hahaha.
ReplyDeletehahah,,,tidaklah terima tempahan orang. takut tak menjadi..hehe
Delete