KATA MADAH 18#

Assalamualaikum...

Baru dapat bersiaran hari ni buka laptop selepas beberapa hari sakit kepala sampai nak buka mata pun susah. Mungkin sebab cuaca panas sekarang. Bawa kereta ambik anak pun tahan je sakit kepala ni. Balik terus tidur, tu terpaksa semalam telan panadol sebab tak tahan sangat.

So pagi ni Ida kongsikan dulu sedikit kata madah sebelum Ida share promosi Shaklee bulan ni.



KETIKA AKU BERPURA-PURA KUAT, TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MELIHAT AIR MATAKU YANG TERSEMBUNYI KECUALI ALLAH.

KETIKA AKU SEDIH DAN MEMBUTUHKAN BAHU UNTUK MENANGIS, TIDAK ADA YANG MENDUKUNGKI KECUALI ALLAH 


Ayat kata madah di atas memang betul sebab Ida sendiri pernah alaminya. Di saat ramai yang sisihkan kita, tak ambil peduli pasal kita. Hanya Allah la tempat Ida meluahkan semuanya.

Manusia di hati mereka lain-lain, sikap mereka lain, Pernah dengar orang kata, baik meluahkan perasaan dengan bunga di taman berbanding orang kerana kadang kala bila kita meluahkan kepada orang, tafsiran mereka lain. Kadang kala bila kita ceritakan kesedihan kita, kita jadi semakin sedih dengan tanggapan diorang pada kisah kita.

Jadi sebaiknya-baiknya ceritakan, luahkan lah semuanya kepada Allah kerana hanya Allah sahaja yang akan memahami kita. Dari Dia kita mendapat ujian, jadi dari Dia jugalah kita kembali.

4 comments: