KATA-KATA MADAH #2

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu. Hari ini di Terengganu cuti sebab menyambut Hari Ulangtahun Pertabalan Sultan Terengganu.


Santai-santai hari ini Ida kongsikan sedikit kata-kata madah ni



Biarlah kita miskin kerana mencari rezeki yang halal

Daripada kita kaya tetapi dengan rezeki yang tidak diredhai Allah

Rezeki yang halal bukan sahaja daripada pekerjaan yang halal tetapi juga pada perbuatan kita. Tanggungjawab kita laksanakan kerja tu.

Ada orang masuk kerja lambat, melepak semasa buat kerja, lengahkan kerja tetapi duit gaji tetap masuk setiap bulan tanpa kurang sedikit pun. Fikirkan adakah cara kita melakukan kerja berpatutan dengan gaji yang kita terima tu?

Renung-renungkan la..selamat berhujung minggu!

Post a Comment

4 Comments

  1. Goos sharing sis. Cikyan pon takut kalo kje yg kita buat tu tak berkat sbb slalu curi tulang. Risaunya kan. Kdg mmg la gaji smua tu msuk, tp kalo Allah xredha, xkemana jugak. Hmmm...

    ReplyDelete
  2. betul tu, kaya dengan duit hasil menganiaya orang lain pun tak guna jugak

    ReplyDelete