Pages

Saturday, March 3, 2018

RESEPI BEBOLA AYAM CHEESE YANG SEDAP

Assalammualaikum...

Selamat berhujung minggu korang. Mesti ramai sekarang tegah melepak di rumah atau ada yang keluar berjalan luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak.


Ida macam biasa dengan rutian harian. Uruskan rumah, anak-anak. Layan kerenah diorang. Sergah instgram dan facebook.hahaha. Tak ke mana pun sebab suami Ida pun bekerja arini. Dah seminggu die balik lambat sebab ada barang masuk. Semalam pun die balik pukul 3 pagi tak silap Ida.

Hari ini Ida nak kongskan resepi bebola ayam cheese yang sedap. Actually resepi ni Ida ambil dalam facebook. Kebetulan tengah terjah nak cari resepi-resepi best nak kongsikan. 

RESEPI BEBOLA AYAM CHEESE YANG SEDAP

kredit: google

Bahan-bahan : 

  • Dada ayam (dicincang atau kisar menggunakan blender)
  • Lobak merah
  • Daun bawang (kalau tak letakpun takper)
  • Sebiji bawang merah (dicincang)
  • Seulas bawang putih (dicincang)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
  • Cheddar cheese atau mozzarella cheese (potong dadu)
  • Serbuk roti
CARA-CARANYA:

1) Campur bersama ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul sebati.

2) Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa korang)

3) Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan dan letakkan cheese.

4) Golekkan bebola ke dalam serbuk roti.

5) Siap dan boleh digoreng 

Kredit : Liana Ahmad

Selamat mencuba korang dan selamat berhujung minggu
9:05:00 PM / by / 2 Comments

2 comments: