Pages

CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR BISTRO TELUK CEMPEDAK KUANTAN PAHANG

by - 5:33:00 PM

Assalammualaikum..

Dah lama tak jalan kongsikan tempat makanan menarik yang ada kat Malaysia. Ida memang jalan keluar rumah, masak kat rumah je tapi sekali sekala keluar makan di luar suka jugak la cari tempat makan yang menarik dan sedap untuk pergi cuba.





Baru-baru ni Ida terasa teringin nak makan chicken chop, terpengaruh dek citer Korea la ni. Terliur sangat sampai termimpi-mimpi.hahaha. Kebetulan Jumaat baru ni memang suami akan ke Kuantan ada urusan sekejap so ingat kami pun nak berjalan la di Kuantan City Mall tu tapi hampeh. Ramainya yang amat. Penuh kat bandar tu, bersesak nak ke mall baru tu. Kebetulan masa tu ada mini festival Didi& Friends kat sana, nak la bawa anak-anak pergi tapi dah ramai tak jadi kami nak pergi sana.

Bayangkan la punya ramai orang kat sana, kereta pula berpusu-pusu nak masuk. Parking sampai full, nak ke ECM plak sama je. Penuh jugak. Ahh..suami dah malas nak bersesak terus kami ke Teluk Cempedak sebab suami nak bawa makan di Hutan Bandar Bistro.

Chicken chop kat Hutan Bandar Bistro ni Ida pernah makan sekali je kat hutan bandar Johor masa bujang dulu. Masa ni harga masih RM5 tapi sekarang dah naik harga nye. Kalau malam en suami kata memang penuh orang. So kami pergi petang tu sebelum kedai nak buka lagi. Singgah solat kejap, lepas tu terus masuk kedai.hehehe. Itu pun dah ada orang yang dah siap makan kat sana.

Gambar menu tak sempala nak ambil masa tu, sibuk beratur nak pilih order. hahaha. Set die bermula dari harga RM5++ (dah naik harga ye dulu RM5 sahaja). Suami nak order lamb chop..beef chop semua out of stock. So kena order yang lain la.

Suami pilih Grilled chicken chop, Ida pilih Chicken Chop set 2 dan untuk anak set yang sama dengan Ida dan tambah set 3 fish&Chip. 


Ini pilihan Ida Set 2 Chicken Chop berharga RM10++. Kalau set !1 harga die RM5++. Untuk anak mintak tuang kuah asing.



Ini Set 3 Fish&Chip die yang harga RM5++

Pilihan en suami tak sempat nak snap sebab die dah melantak dulu.hehehe. Bagi Ida boleh tahan la chicken chop die. Ada la rasa, dan lembut. Tak rangup tapi masih ok la.

Fish&Chip die pun boleh tahan cuma mash potato die tu tak sedap. Suami kata macam dalam tin. Ida rasa makan dengan ikan die, tambah sos die sedapla. Tapi kalau makan macam tu je memang tak sedap. Rasa kosong, tak sama macam mash potato kat KFC tu. Sangat beza. Coslow alhamdulillah sedap. Kentang die pula dah sejuk dan lembik. Tak rangup mungkin sebab diorang dah goreng dulu.


Anak-anak dah kelaparan nak makan, nak habis jugak la diorang makan. Tinggal skit je Ida dan suami la yang habiskan. En suami ada order Cappuccino die, rasa pahit..tak macam Cappuccino. Rasa pekat sangat. Nasib la Ida cuma order ais lemon tea je.hehehe.

Bagi Ida Hutan Bandar Bistro ni boleh la tahan nak kata sedap sangat takde la jugak. Mungkin tak menepati selera Ida yang nak die ras rangup skit. Tapi lain orang lain citarasanya kan. Korang boleh la kalau nak cuma.

Kalau korang sampai di Teluk Cempedak ni, kedai die dekat je dengan surau dan tandas sini. Kedai warna merah hitam di bahagian hujung. Kedai ni mula buka dari pukul 5 petang sampai 12 tengah malam.

Lepas tu kami jalan sekeliling Teluk Cempedak tu sampai magrib. Jalan-jalan masuk dalam kedai baju-baju tu sebab anak-anak nak bermain gelongsor besar kat situ. Seronok diorang dapat main. Masuk dalam kereta nak balik terus tidur kepenatan.hehehe

SELAMAT MENCUBA!

You May Also Like

8 comments

  1. adoi.. pagi-pagi dah nampak... terasa lapar lah pulak...

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    ReplyDelete
  2. Enak sekali,rasanya ingin membelinya sekarang.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk gambar! Meleleh air liur ni~! lagipun mmg dh lama x mkn ciken cop ni huhu T3T

    - - -

    Anyway, Nisha tag awak untuk satu GA baru. Jemput join yaaa <3

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

    ReplyDelete
  4. Aufmerksamkeit!!!

    Benötigen Sie eine Finanzierung?
    Benötigen Sie Geschäfts- oder Privatkredite?
    Möchten Sie Ihr Unternehmen refinanzieren?

    Wir sind Citizens Commercial Loan Inc, ein Kreditinstitut, das Einzelpersonen, Gruppen und Unternehmen auf der ganzen Welt erschwingliche Kredite / Investitionspakete anbietet. Machen Sie den nächsten Schritt und kontaktieren Sie uns noch heute für eine finanzielle Lösung. E-Mail: citizenscommercialloaninc@yahoo.com

    Erwägen
    Citizens Commercial Loan Inc
    Email citizenscommercialloaninc@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ida :)
    lama aida tak landing sini.... pe kabo?
    aida x pernah sampai hutan bandar bistro ni, tapi hutan bandar di JB da sampai.
    lama sungguh tak jjcm ke area kuantan, cherating... dulu kala, setahun mesti sekali tau.
    ni dah 2-3 thn tak bermalam di situ.

    ReplyDelete

Sponsor