PERSIAPAN RAYA CANTIK DAN BERGAYA DI AIDILFITRI BERSAMA LAZADA

Assalammualaikum...

Masing-masing sekarang dah mula buat persiapan untuk raya. Rumah nak cat baru, dah mula buat kuih-kuih raya, tempah ayam atau daging dan tak lupa juga dengan persiapan baju raya.


Kalau cakap pasal baju raya ni, memang tiap tahun memikir nak tema apa, warna apa. Nak matching dengan kasut mana, beg mana. Kalau tengok kat mana-mana mall atau kedai, penuh orang membeli. Sesak jalan jadinya. Kalau kita ni yang ada anak nak membeli rasa seksanya nak bawa sebab terlalu ramai orang.



Ada orang suka juga membeli persiapan raya ni saat-saat akhir tapi kesudahannya apa yang nak tu dah habis atau dah tak banyak pilihan.

Tahun ni tema dan warna baju raya Ida warna royal blue. Kebetulan tahun-tahun sebelum ni nampak orang pakai, lawa je nampak warnanya. Tak kisah la plain atau ada bercorak.




baju raya family Emma Maeembong beberapa tahun lepas. Lawa kan?

Kalau beg tangan atau kasut ni, Ida lebih suka warna hitam. Boleh matching dengan semua warna.hehe. Lagi satu takde la nampak kotor kan kalau terpijak tanah ke.

Antara pilihan yang memudahkan Ida nak cari semua ni ialah di Lazada Malaysia. Banyak pilihan dan boleh dapatkan harga penjimatan yang lebih murah.



















Ida tak dapat jumpa baju yang Ida berkenan memandangkan Ida lebih fokus pada baju yang friendly nursing. Tapi Ida boleh dapatkan aksesori dan tudung yang lain sampai rambang mata jadinya. Kalau pergi mall ni window shopping, habislah kena bising dengan encik husband.hehehE

Jadi korang jangan lepaskan peluang dapatkan persiapan raya korang di Lazada Malaysia sempena promosi Marhaban Ya Ramadan Riang Raya Sale dari 19 May sehingga 25 June 2017  dengan harga yang murah dengan penjimatan sehingga 90%!!


Bagi Blogger yang ingin menyertai contest ni boleh la klik link di bawah ni untuk lihat syarat-syaratnya

Post a Comment

4 Comments