AL-FATIHAH BUAT ARWAH POPO

11:38:00 AM

Assalammualaikum...

Pagi 15 Ramadhan ni ida dapat berita popo atau nenek Ida sebelah ibu dah hembuskan nafanya yang terakhir. Arwah pun dah selamat dikebumikan tadi.


Image result for al fatihah

Ida sempat jumpa arwah popo minggu lepas, masa awal Ramadhan. Sempat Ida dan anak-anak cium arwah. Ni Ida tak berkesempatan nak ke sana sebab jauh. Yelah Ida dok Terengganu nak ke Johor. Separuh hari baru sampai. Ida pun dapat tahu pukul 4 pagi tadi, masa nak bangun sahur.

Arwah ada penyakit kencing manis. Balik dari Johor minggu lepas, ibu bagitahu kaki arwah naik bengkak pastu dimasukkan di hospital. Semalam pak sedara bagitahu popo dah tak sedarkan diri, tekanan darah rendah. Pukul 2 pagi meninggal, Ida baca mesej dalam group pukul 4 pagi. Ibu Ida pun tak sempat nak telefon sebab die pun demam, semput siap masuk ubat semalam.


Arwah popo Ida muallaf, alhamdulillah arwah pergi dengan mudah. Semua urusan dipermudahkan.

Al fatihah untuk arwah popo

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)