8 KHASIAT BAWANG MERAH

Assalammualaikum...

Apa bahan-bahan masakan asas la yang wajib korang perlukan untuk memasak selain bawang putih?



Yup semestinya bawang merah. Kalau takde dua jenis ni memang rasa kurang masakan kita, betul tak? Hampir semua resepi masakan mesti ada bawang merah ni kecuali nak buat kek la kan. Kalau ada yang letak juga dalam kek tu Ida tak tahu la rasa macam mana. Belum pernah lagi ni.hehehe.

Bawang merah ni sebenarnya ada banyak khasiatnya tau. Tapi ramai yang tak suka nak makan sebab kadang tak suka bau die la dan sebagainya. Ida pernah tengok dalam 1 cerita ni, dia berjaya turunkan berat badan dengan hanya memakan bawang merah sahaja. Maknanya apa yang die makan contohnya nasi, mesti akan bersulamkan dengan bawang merah. Sebab apa , ok nanti Ida ceritakan.

Image result for khasiat bawang merah

Tahu tak sebiji bawang merah tu mengandungi:
  • 64 kalori
  • 15 gram karbohidrat
  • 0 gram lemak
  • 0 gram kolesterol
  • 3 gram serat
  • 7 gram gula
  • 2 gram protein dan 10%
  • Vitamin C, vitamin B-6 dan mangan
  • Mengandungi kalsium, zat besi, asam folat, magnesium, fosfor dan kalium antioksidan quercetin dan sulfur.
8 KHASIAT BAWANG MERAH

1. Membantu mencegah kanser

Bawang merah mengandungi antioksida yang tinggi yang mampu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

2. Kuatkan sistem imun

Ini kerana kandungan quercetin di dalamnya melawan virus mahupun bakteria yang datang hinggap kat badan kita ni. Termasukla mereka yang kerap selsema atau demam, buatlah sup dan lebihkan bawang merah mahupun bawang putih.

3. Membantu menurunkan berat badan

Ini yang Ida cakapkan tadi. Ini kerana terdapat kandungan kromium yang membantu membakar lemak korang dengan lebih baik.

4. Jantung yang sihat

Bawang merah kan ada banyak kromium yang akan membentuk satu bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Ini juga membantu untuk mengawal dari berlakunya penyakit darah tinggi dan sebagainya.

5. Membantu masalah sembelit

Ini kerana bawang merah mempunyai serat yang berkhasiat yang membantu mencuci usus kita dan hancurkan makanan yang keras dalam usus supaya lebih mudah membuang.

6. Mengurangkan risiko kanser prostat

Dalam satu study oleh Journal of National Cancer Institute mengatakan bawang merah membantu mengurangkan risiko kanser prostat. Ini juga boleh membantu mereka yang alami masalah dalam seks.

7. Tidur yang lebih lena

Dalam bawang merah ada folat yang akan membantu cegah homosistein ni sampai ke otak. Ini kerana homosistein mempengaruhi produksi hormon serotonin, dopamine, dan norepinephrine yang bukan sahaja menganggu kesihatan hati malan membuatkan kita jadi susah nak tidur dan nafsu makan meningkat.

8. Membantu pesakit kencing manis

Salah satu zat yang terkandung dalam bawang merah adalah tolbutomid yang ternyata dapat membantu untuk mengawal gula darah dalam hati , mengatur pelepasan insulin dan mencegah adanya gangguan yang menjejaskan pengeluaran insulin dalam tubuh .

Jadi lepas ni jangan rasa malas-malas nak letak bawang merah dalam masakan atau makan. Banyak khasiat dia tau!!

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!!

Post a Comment

0 Comments