6 TIPS KEMBANGKAN BISNES DI MEDIA FACEBOOK

4:54:00 PM

Assalammualaikum...

Facebook merupakan satu medium yang agak mudah bagi peniaga untuk mempromosikan produk. Tak kisah la sama ada prosuk sendiri mahupun sebagai pengedar atau agen.



Tapi masih ramai yang tak tahu macam mana sebenarnya cara yang terbaik untuk mempromosikan produk dalam FB.

6 tips kembangkan bisnes dalam facebook


1. Tukar profile korang. Sebaiknya gambar korang sendiri yang cantik. Kalau ada gambar photoshoot pun lagi bagus. Rasa nak lagi ok letak je gambar pasport.hehehe. Mungkin boleh juga letak logo korang sendiri.

2. You give you get back. Maksudnya rajin-rajin kan la diri tu komen dekat wall kawan-kawan yang lain. Boom like ke..ni membantu naikkan aggagement diorang dan dalam masa yang sama insyaallah diorang pun akan singgah jugak kat wall korang.

3. Jadikan wall sebagai inspirasi, benda yang baik. Bukannya nak share benda-benda mengarut. Melatah la..mencarut tak tentu pasal. Mana yang tak puas hati diam-diam je mengadu dengan Allah. Lebih baik kan.

4. Promosikan iklan dengan poster yang cantik dan menarik. Kalau boleh janganla yang nampak terlalu serabut. Kalau background plain lagi bagus. Nampak cantik je mata memandang. Dan lagi bagus letak terus nampak contact korang kat poster. Sebabnya tak semua orang suka baca penerangan korang panjang-panjang.. Dia nak mudah..nampak no contact terus je call korang. Insyaallah

5. Rajinkan diri untuk update dan konsisten. Bukannya sehari sekali nak update tapi mengharapkan sale beribu sehari. You deserve get what you do. Lagi rajin korang..insyaallah lagi rajin la sale akan masuk setiap hari. Kalau masih belum ada sale anggap tu sebagai cabaran untuk berjaya.

6. Selain personal FB korang pun boleh rajinkan diri untuk buat fanpages sendiri. Lagi bagus sebab sekarang ni syarat beriklan dalam FB kat personal ada yang akan ditapis. So bolehla fikirkan alternatif lain buka fanpages dan buat fb ads bagi yang mampu.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)