IPRICE BLOGGER COMPETITION--LAZADA.COM.MY

12:28:00 PM

Assalammualaikum...


Zaman sekarang ni kebanyakkan daripada kita lebih mudah membeli secara online atau melalui web. Kebetulan Ida mendapat jemputan untuk menyertai IPrice Blogger Competition beberapa hari lepas tapi tak berkesempatan nak menulis. Hari ni tarikh akhir penyertaan..harap masih sempat untuk menyertainya.



IPrice.my merupakan sebuah online mall untuk kemudahan kita supaya boleh membandingkan harga dengan beberapa online mall yang lain. Contohnya seperti 11street.my , Zalora.com.my, dan banyak lagi. Sama juga jika ingin menempah hotel. Banyak medium yang boleh kita buat tempahan seperti Agoda, trivago, dan lain-lain.


Senang kata zaman sekarang ni semua dihujung jari. Dah tak perlu risau. Ada internet, buka web,kita cuma klik-klik je.hehehe.

Pilih sebuah kedai e-dagang (online shop / website) pilihan Mummy Ida




Sebenarnya memang Ida ni banyak mencari web-web yang menarik untuk shopping. Tak kisah la barang dari luar negara pun pernah tapi kedai e-dagang website yang memang kerap Ida kunjungi memang Lazada.com.my

Ida sendiri tak pasti sejak bila Ida terjebak ni. Rasanya bila Ida dah start berniaga online ni. Mula kena dunia internet orang kata.hehehe. Semua nak beli online je.

Dari kos penhantaran pula. Kadang kala memang akan dicaj dan ada penghantaran percuma. Bergantung pada barang tu

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh online shoppers


Buat masa sekarang memang Ida belum pernah hadapi dengan mana-mana online shoppers ni. Mungkin Ida bernasib baik. Tapi ada beberapa kawan Ida pernah membeli di Lazada ni ada komplain la barang yang sampai tu dah rosak. Ida tak pasti sama ada dia ada emailkan semula pada Lazada pasal kerosakan tu.

Cuma masa Ida pernah order barang dulu, barang takde so dia tak pulangkan duit tapi ditukarkan pada bentuk voucher. 

Mencadangkan penyelesaian anda dan bagaimana dan bagaimana kedai online anda nyatakan boleh boleh menyelesaikan masalah yang anda nyatakan

Ikutkan setiap online mall ni ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Tak boleh nak salahkan pada syarikat sebab diorang hanya perantaraan antara penjual-penjual di luar. 

Cuma yang Ida boleh sarankan agar cepat selesaikan masalah jika ada komplain. Dan lebih baik pastikan penjual yang gunakan khidmat ni supaya kemaskini dan periksa barang diorang. Takde la sampai barang ada yang rosak dan sebagainya. 

Kalau benda yang boleh pecah, bungkus dengan sebaik-baiknya.

Jadi itu sahaja cadangan Ida dan huraian Ida serba sedikit tentang online mall ni. Semua atas pilihan masing-masing yang pasti online mall ni memang memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja kita.




You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)