8 KEBAIKAN MINUM AIR SUAM

3:18:00 PM

Assalammualaikum...


Dalam musim panas ni memang air sejuk la paling kita akan minum. Tapi tahu tak korang sebenarnya air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.


Mesti tak sangka kan? Memang kebanyakkan orang suka minum air sejuk selepas makan dan kurang nak minum air suam ni.


Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. 


Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukupnya pada setiap akan membantu mengimbangi metabolisma badan korang.

8 KEBAIKAN MINUM AIR SUAM

1. Menguruskan badan 


Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini akan membantu mereka yang diet dalam proses menurunkan berat badan.

2. Meningkatkan kesuburan 

Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.

3. Melancarkan sistem pencernaan 

Selalu diingatkan dalam mana-mana tips pun supaya minum 8 gelas setiap hari atau 2-3liter akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan berkesan.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat kanser 

Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan 


Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi masalah untuk menyerap air. Ini boleh meyebabkan kulit nampak berkedut dan kering.

6. Tubuh lebih segar dan sihat 


Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia. Siapa boleh tahan kalau tak minum seharian, tak boleh ooo...

7. Menyihatkan jantung 


Air suam juga dapat menyembuhkan penyakit jantung. 

8. Ubat kepada penyakit strok 

Air suam tidak hanya digunakan 
untuk mengubati berbagai penyakit kulit juga untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jadi nasihat Ida musim panas ni sekali sekala nak minum air sejuk takde masalah tapi pastikan minum air masak atau suam secukupnya setiap hari ye...

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

1 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)