Tak ramai yang suka makan yogurt kerana rasanya yang masam. Kebanyakkan suka beli yang jenis berperisa apa kata sekali sekala beli yogurt kosong dan makan dengan buah memang sedap.
Yogurt ni sebenarnya dari susu sahaja. Jadi di sini Ida nak kongsikan 7 khasiat yogurt yang mungkin korang tak tahu.
7 KHASIAT YOGURT
1. Kulit lebih halusDalam masa 2 atau 3 kali seminggu korang cuba buat spa muka dengan yogurt. Gunakan yogurt kosong dan sapukan pada muka.Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.
2. Atasi kulit terbakar
Bagi masalah kulit yang rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.
3. Bantu mengecutkan jerawat
Masalah jerawat selalu menjadi punca kita jadi malu nak berjumpa dengan orang ramai.Bersihkan muka dan sapukan yogurt secara nipis di bahagian jerawat.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Jerawat akan kecut dan muka takkan berparut lagi.
4. Lebih cerah sekata
5. Rahsia awet muda
Tak payah nak pergi cucuk sana sini, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan 3kali seminggu, kulit muka akan jadi lebih halus dan lembut. Malah garis halus dan kedutan juga akan berkurangan.
6. Buang sel kulit mati
7. Rambut lebih sihat, bersinar
SELAMAT MENCUBA!
4 Comments
Mmg bgus tapi mahal... Tak sanggup nk beli semata-mata nk cantik je...
ReplyDeletehehehe...rela makan je
DeleteYogurt campur madu baru kak bell boleh telan huhu, tq for the info mummy :)
ReplyDeletesedap tu
Delete