4 CARA NAK LEMBUTKAN DAGING SUPAYA TIDAK MUDAH HANCUR

Assalammualaikum...

Raya korban ni mesti korang dapat banyak daging kan? Kadang tu sampai penuh peti ais. Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. 


Selalunya kita akan rebus daging dengan lama supaya die lembut kan tapi sebenarnya daging kalau direbus terlalu lama akan menyebabkan daging mudah hancur. Ini ada 4 cara nak lembutkan daging supaya tidak mudah hancur.

4 CARA NAK LEMBUTKAN DAGING

1. Letak daging yang bersih dalam peti



Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin korang akan rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.

Caranya: Cuci daging tu sampai bersih di bawah air yang mengalir, rebus dan simpan dalam bekas yang tertutup dan masukkan dalam peti. 

2. Guna daun betik


Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.

Caranya: Cuci daging sampai bersih, rebus dan bungkuskan dengan daun betik muda yang sudah diramas.

3. Cuci dengan nenas


Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.

Caranya: Setelah bersihkan daging biarkan selama 30 minit seblum dimasak. 

4. Rebus dengan rempah


Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.

Caranya: Dah basuh daging tu dengan bersih, tabur daging dengan rempah sambil ramas. Jangan terlebih rempah plak k...

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

  1. artikelnya sangat menarik,,
    mantap aku suka sama postinganya,,
    makasih mas buat infonya,,

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS