7 KHASIAT YOGURT YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU!

Assalammualaikum...

Tak ramai yang suka makan yogurt kerana rasanya yang masam. Kebanyakkan suka beli yang jenis berperisa apa kata sekali sekala beli yogurt kosong dan makan dengan buah memang sedap.



Yogurt ni sebenarnya dari susu sahaja. Jadi di sini Ida nak kongsikan 7 khasiat yogurt yang mungkin korang tak tahu.

7 KHASIAT YOGURT

1. Kulit lebih halus


Dalam masa 2 atau 3 kali seminggu korang cuba buat spa muka dengan yogurt. Gunakan yogurt kosong dan sapukan pada muka.Biarkan selama 10 hingga 15 minit, bilas dengan air suam. Hasilnya wajah akan lebih cerah, lembut dan berseri.

2. Atasi kulit terbakar


Bagi masalah kulit yang rosak, campurkan yogurt dan minyak pati Bunga Chamomile. Gaul sebati dan sapukan di bahagian yang bermasalah. Insya-Allah kulit akan pulih seperti sedia kala.

3. Bantu mengecutkan jerawat


Masalah jerawat selalu menjadi punca kita jadi malu nak berjumpa dengan orang ramai.Bersihkan muka dan sapukan yogurt secara nipis di bahagian jerawat.Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Jerawat akan kecut dan muka takkan berparut lagi.

4. Lebih cerah sekata



Campurkan yogurt dengan air lemon. Gaul sebati, kemudian sapukan pada seluruh muka dan leher. Lakukan 3kali seminggu dan hasilnya kulit korang akan lebih cerah dan berseri.

5. Rahsia awet muda


Tak payah nak pergi cucuk sana sini, cukup sekadar mencampurkan minyak zaitun dan yogurt. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini masker. Lakukan 3kali seminggu, kulit muka akan jadi lebih halus dan lembut. Malah garis halus dan kedutan juga akan berkurangan.

6. Buang sel kulit mati



Caranya, parut timun kemudian campurkan dengan yogurt. Sapu pada seluruh tubuh serta muka, biarkan selama 15-20 minit, gosok perlahan untuk tanggalkan sisa ramuan. Ini akan membuang sel kulit mati dan kulit jadi semakin lembap.

7. Rambut lebih sihat, bersinar



Yogurt muka je untuk muka tau! Rambut pun boleh terutamanya rambut yang kering,kasar dan bercabang. Sapukan yogurt pada rambut. Kemudian bungkus atau balut kepala dengan tuala. Perap selama 10 hingga 15 minit, bilas bersih.

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

4 Comments