Terasa lega sangat hati bila semuanya selesai dengan baik. Kawan-kawan, sanak sedara tak putus-putus ucapkan selamat pengantin baru. Selepas berkahwin semestinya ada perubahan pada diri korang yang mungkin korang akan nampak atau tidak.
Tapi ada satu perubahan yang korang akan nampak selepas berkahwin, berat badan naik! Bukan cakap pada orang lain la suami Ida pun sama. Kawan sekolah Ida dulu kurus je macam Ida, selepas kahwin amboi tembamnya pipi. Katanya "orang bahagia". Kalau lelaki selalunya bahagian perut la.hehe. Ini ada 7 tips elak berat badan naik selepas kahwin.
7 TIPS ELAK BERAT BADAN NAIK SELEPAS KAHWIN
1. Kurangkan nasi
Nasi adalah salah satu makanan yang mempengaruhi naik berat badan terutama kalau korang memang jenis malas nak bersenam. Ada orang cakap elakkan makan nasi tapi tips dari Ida. Kurangkan nasi bukannya tak makan langsung. Banyakkan lauk dan sayuran dalam pinggan korang.
2. Tukar menu
Tukarkan beras putih yang korang makan sekarang dengan beras merah, Basmati pun boleh. Kentang rebus dan roti gandum pun bagus untuk kawal berat badan korang dengan baik.
3. Utamakan menu omega
Banyakkan makanan yang kaya dengan omega 3 seperti salmon, tuna, kacang, minyak zaitun, dan banyak lagi. Makanan-makanan ini akan membantu menurunkan berat badan dan juga kesihatan tubuh badan pun terjamin.
4. Ketepikan makanan ringan
Kalau korang jenis suka makan cekedis-cekedis ini, sila elakkan semua ni.Ini bukan sahaja boleh naikkan paras gula korang malah boleh menurunkan kadar metabolisma korang. Lemak jahat ni boleh menaikkan berat badan korang.
5. Kurangkan kopi
Minum terlalu banyak kopi boleh membuat penyerapan nutrisi terganggu. Bagaikan apa pun korang makan walaupun makanan berkhasiat tapi nutrisi yang masuk dalam badan kosong.
6. Makan pagi
Ida selalu nasihatkan sesiapa yang ambil konsulatasi diet dengan Ida supaya jangan abaikan sarapan setiap hari. Makan walaupun 1 bungkus roti gardnier RM0.80 tu.Pilihlah makanan yang kaya nutrisi seperti telur, jus buah, oatmeal, susu.
7.Menu tambah darah
Makanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan daging merah sangat bagus.Ini akan membantu serapan nutrisi terutama sedang period. Sebab masa ni kita kehilangan banyak darah seperti ibu selepas melahirkan anak.
NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
9 Comments
Tak pernah naik.. Makin turun ada... Tapi bahagia juga... Hehe
ReplyDeletehehe..ok la tu kan
Deletealhamdulillah...berat badan masih sama,mungkin sebab penat kejar anak2 hehehe
ReplyDeletesama la..dok berkjar dgn anak2
Deleteyg x bersalin ni pon badan dh mok2.. ehehe
ReplyDeletehehe..hormon tu..
Deleteterima kasih atas tips yg berikan, boleh la guna bila dahkawin hehe . dan selamat pengantin baru:)
ReplyDeleteheheh..sama-sama
Deletehehehe...sebelum kawen pun blh apply tips ni
ReplyDeletep/s~akak dah bg nama & alamat kat fb sy x utk sample tamar cocoa?