Mungkin ada ibu-ibu pada bulan Ramadhan ni yang menanti saat kelahiran tak lama lagi. Kebetulan due date tu pada bulan Syawal. Yelah tinggal beberapa hari lagi ni. Bak kata orang tua,menunggu masa je nak lahirkan anak.
![](https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/5a/5a/fd/5a5afd0db11459a4bc5ec49032aa4b48.jpg)
So di sini nak hanya sebagai peringatan para ibu hamil yang menunggu hari.
5 PESANAN UNTUK IBU HAMIL BERHARI RAYA
1. Jangan Lupa Buku Merah
Walaupun sibuk nak pergi berhari raya. Jangan lupa sentiasa bawa buku merah letak dalam beg.Yelah takut kalau tiba-tiba ada kat kampung dah sakit kontrasksi nak beranak. Jenuh nak balik rumah pula nak ambil buku merah.Segala rekod kesihatan kehamilan yang dicatatkan di situ memudahkan doktor hospital ambil tindakan.
2. Beg Keperluan Ibu Dan Bayi
Ini lagi 1 barang penting kena bawa ke mana-mana sahaja walaupun korang nak pergi shopping pun. Letak benda ni dalam bonet kereta. Dah kalau tengah menunggu hari nak bersalin mestilah bila-bila masa je sakit kontraksi tu boleh datang. Takkan la nak patah balik ke rumah nak ambil barang. Rumah dekat boleh la..kalau jauh.jenuh...
3. Jangan Lasak Sangat
4. Awas Apa Yang Dimakan
5. Kurangkan Berjalan Jauh
Kalau ada rombongan nak pergi berhari raya tempat-tempat jauh. Elakkan la. Mana tahu kawasan tu jauh dari hospital. Susah plak nanti. Berjalan jauh ni jadikan badan ceat penat. Takut kang tiba-tiba sakit kontraksi,hospital jauh. Kan dah susah.
rujukan:Pama
Seingat Ida dulu masa mengandungkan Aqil,Ida balik ke Kedah. Masa tu kandungan dah masuk 8bulan. Badan dah memang penat jalan jauh kan. Nasib baik tak beranak masa tengah jalan. Balik je dari Kedah,dalam masa 1-2minggu camtu dah bersalin.hehehe.
Orang tua cakap masa nak dekat-dekat bersalin,banyakkan berjalan tapi bukan bermakna sampai badan jadi penat tau. Hanya nak mudahkan beranak nanti.
Pastikan ibu-ibu hamil menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
GOOD LUCK! :)
0 Comments