3 TANDA ANAK KETAGIH MAIN GAME

Assalammualaikum...

Zaman teknologi sekarang ni dah bermacam-macam gadjet dikeluarkan. Dulu mungkin hanya orang dewasa je guna sekarang ada juga gadjet untuk anak-anak. Tapi memang tak dinafikan anak-anak sekarang dah pandai main sendiri gadjet mak ayah. Jangan kata si abang yang baru bersekolah rendah. Si adik kecik pun dah pandai main game.


Tapi ibu bapa mesti berhati-hati dan perhatikan anak-anak. Bukan bermakna tak boleh bermain game langsung tapi had kan. Kalau boleh jangan ditunjuk dari kecik lagi.

3 TANDA ANAK KETAGIN MAIN GAME

1. Mengabaikan keperluan utamanya


Anak-anak mula tak hiraukan masa makan walaupun kita dah sediakan makanan kegemaran die.  Die terlalu asyik dengan game sampaikan makan,minum atau buang air kecil pun dah tak kisah. Selalunya anak-anak yang bersekolah rendah banyak Ida perhatikan. Terlalu asyik dengan main game dari balik sekolah sampai malam.


2. Tidak suka bergaul


Bila dah terlalu asyik dengan game dah tentu diorang hanya akan duduk di rumah sahaja. Langsung takde aktivit kat luar dan ini menyebabkan diorang tak banyak bergaul dengan rakan sebaya. Dan berkemungkinan juga boleh jadi obesiti sebabnya kurang aktiviti untuk keluarkan peluh. Kebanyakkan akan makan dan duduk bermain game dan suka makan makanan ringan.

3. Prestasi belajar menurun


Bila cikgu pun mula panggil mak ayah ke sekolah kerana prestasi pembelajaran anak semakin menurun. Ini menunjukkan tahap yang sangat serius. Anak-anak akan jadi kurang fokus atau kurang minat nak belajar. Malah rasa mengantuk di sekolaha kerana asyik bermain game pada waktu malam.

Nasihat Ida bagi mak ayah kalau anak-anak suka main game ni.

1. Alihkan perhatian die


Sebaiknya ajak die melakukan aktiviti yang lebih sihat dan kreaktif. Mungkin juga mewarna atau bermain badminton. Hujung minggu ke taman permainan jogging dan sebagainya. Mak ayah sendiri pun perlu luangkan masa dengan anak-anak walau sesibuk mana pun. Jangan dibiarkan anak buat hal sendiri.

2. Buat jadual


Tetapkan berapa lama die boleh main game setiap hari. Contoh hanya 1 jam setiap hari selepas siap kerja sekolah dan sebagainya. Jangan biarkan die terlalu leka bermain dengan lama. Kalau anak berdegil,tegaskan hanya 1 jam sahaja. Displinkan anak-anak,lama-lama die akan faham.

3. Bermain bersama


Kalau boleh temankan anak-anak bermain. Ini membantu dari diorang akan menjadi ketagih bermain game

4. Simpan game dari muda diambil


Simpan game di tempat-tempat yang anak tak boleh ambil. Contoh almari berkunci.

rujukan:Pama

Jangan la dengan kesibukan ibu bapa seharian di tempat kerja dan balik rumah hanya untuk rehat dana biarkan anak-anak bermain dengan game seharian. Sebaiknya jangan belikan langsung walaupun anak meronta nak beli.

Ipad Asyraf dah hampir 1bulan Ida simpan tak bagi die main. Nasib tak mintak.hehehe. Die tak ketagih nak main tapi kalau ada game yang die suka. Die asyik main je setiap hari..alhamdullillah masih dalam keadaan terkawal sebab die tak terlalu leka.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

0 Comments