7 PROEDUR SUSUKAN ANAK DILAHIRKAN CAESAREAN YANG PERLU TAHU

Assalammualaikum...

Tak semua ibu boleh melahirkan anak secara normal. Ada juga ibu-ibu yang terpaksa melahirkan anak secara caesarean disebabkan hal-hal tertentu. Contohnya air ketuban pecah,anak dalam kandungan hampir lemas dan sebagainya.




Ada soalan yang pernah Ida terima dalam mesej tanya adakah ibu yang melahirkan anak secara caesarean boleh menyusukan anak seperti biasa?


Jawapan Ida..ye boleh. Kajian telah menunjukkan bahawa ibu yang melahirkan anak secara caesarean boleh menyusukan anak seperti ibu bersalin normal. Ye ia mungkin mengambil masa untuk memulakan penyusuan awal kelahiran asalkan si ibu ada komitmen yang tinggi (mindset).

7 PROSEDUR SUSUKAN ANAK DILAHIRKAN CAESAREAN YANG PERLU TAHU

1. Ibu yang terpaksa melahirkan anak secara caesarean mungkin sedikit kecewa sebab tak boleh bersalin secara normal. Jangan rasa begitu! Ibu mesti sentiasa kuat dan ia bukan sebagai alasan. Bila daya kekuatan dan mindset ibu kuat secara automatik ia akan merangsang pengeluaran susu. Jangan terkejut kalau Ida bagithu bila ibu kuat anak turut kuat.



2. Proses untuk menyusukan anak terpaksa ditangguhkan kerana si ibu memerlukan rehat yang lebih banyak untuk pulih semula. Selalunya sebab ibu lahirkan anak caesarean ni menggunakan epidural.

3. Sebolehnya bagi ibu yang bersalin secara caesarean ini sebaiknya secepat mungkin terus susukan anak seperti ibu bersalin normal. Ini memberikan kelebihan yang lebih baik untuk merangsang penghasilan susu. Ia akan merembeskan hormon oksitosin yang dapat membantu rahim mengecut dengan cepat dan anak boleh mendapat susu kolostrum yang amat penting untuk mereka.

Tips: susukan anak setiap 2jam di siang hari dan pada waktu malam selang tak lebih dari 4jam setiap kali nak menyusukan anak.



4. Bayi yang dilahirkan secara caesarean akan berasa turut mengantuk seperti si ibu sebabnya si ibu ambil bius untuk tempoh yang lama untuk proses kelahiran. 

5. Bincang dengan doktor bagaimana nak kurangkan kesakitan yang dialami si ibu.

6. Setengah ibu yang bersalin caesarean takut nak makan ubat-ubat dan antibiotik yang diberikan. Jangan risau ia tidak akan memberikan kesan pada bayi. Dan jangan risau ia tidak akan menganggu penghasilan susu kolostrum kerana amaun ubat yang diberikan hanyalah sedikit sahaja.

7. Ibu yang lahirkan anak secara caesarean mungkin agak sukar dapatkan posisi yang betul untuk menyusukan anak. Sebaiknya mintak tolong jururawat untuk dapatkan posisi yang betul.



Set Berpantang Premium ni boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin normal atau secara caesarean. Di samping membantu untuk sembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat. Ia juga membantu untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak. Membantu untuk kekalkan stamina dan tenaga ibu bersalin sebab telah kehilangan banyak darah masa dalam bilik bersalin.


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments