10 PERKARA AKAN DIALAMI OLEH IBU HAMIL SELAMA 9BULAN

Assalammualaikum...

Teruja dengan perut yang semakin membesar,anak dalam kandungan semakin aktif. Perasaan teruja tak dapat digambarkan lebih-lebih lagi bagi ibu yang buat pertama kalinya akan menimbang cahaya mata tak lama lagi. Semakin hari semakin terasa debarannya.


Sepanjang tempoh kehamilan,banyak perkara yang akan dihadapi oleh ibu mengandung. Masa ni sememangnya para ibu tabah dan sabar menghadapinya untuk anak dalam kandungn. Di sini ada 10 perkara akan dialami oleh ibu hamil selama 9bulan.


10 PERKARA AKAN DIALAMI OLEH IBU HAMIL SELAMA 9BULAN

1. Asyik Ke Bilik Air



Tidak sah namanya jika wanita hamil tidak ke bilik air lebih daripada lima kali sehari untuk buang air kecil sahaja. Dari awal kehamilan sampai nak hampir bersalin, bilim air bagikan teman akrab korang. Kadang-kadang rsa tidur jelah dalam tandas.


Ida kalau berjalan jauh agaknya berapa kali berhenti nak ke tandas. Bising kadang-kadang en suami pun.

2. Mata rabun

Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tak selesa lebih-lebih lagi yang pakai kanta lekap. Untuk rasa lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan kerap cuci mata.


3. Payudara Terasa Sengal


Sakit berdenyut-denyut sama seperti hendak datang haid. Jangan bimbang tu sebenarnya proses payudara bersiap untuk proses penyusuan susu bagi bayi yang akan lahir. Saiz payudara juga akan semakin membesar mengikut usia kehamilan.


4. Gusi Berdarah



Ada ibu hamil yang akan mengalami masalah gusi kerap berdarah terutama ketika memberus gigi. Kurang kalsium juga salah satu penyebab gusi berdarah so ibu mengandung jangan abaikan dan pastikan korang menjaga gigi korang sebaiknya.


5. Rambut Lebih Lebat


Ramai wanita hamil mengalami hormon yang menyebabkan rambut menjadi lebih lebat, berkilau dan lebih cantik. 


6. Kerap Terlupa




Masalah ni sementara je tapi ada juga berkeklan. Itu perkara biasa sebab Ida sendiri alami sampai sekarang.

7. Kulit hitam

Ada wanita yang mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenal sebgai chloasma atau melasma disebabkan hormon yang mengganggu pigmentasi kulit. Ia tidak berbahaya dan hanya bersifat sementara.


8. Masalah Kekejangan




Masalah ini selalunya berlaku masa sedang tidur. Kaki akan kejang tiba-tiba dan rasa sakit macam kena cucuk jarum dan kebas. Masa ni suami la kena banyak membantu. Malah kekurangan kalsium juga salah satu penyebabnya.


9. Perut Terasa Panas

Perut terasa panas adalah gejala normal terutama di akhir kehamilan. Ini kerana ibu kerap makan atau minum sebelum tidur.


10. Masalah Sembelit

Perkara normal yang ibu hamil akan alaminya. Sebab itu la ibu hamil dinasihatkan banyak makan sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak minum air.



Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

Ibu yang hamil & menyusu memerlukan banyak kalsium. Kalau tak cukup, jadilah macam ibu muda ini. Lebih kesian, gejala kekurangan kalsium membuatkan gigi anaknya juga decay...


Nak order? sila klik





Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments