8 TANDA NAK BERSALIN SUPAYA SEMPAT KE HOSPITAL

Assalammualaikum...

Pengalaman bersalin bagi setiap wanita amat la berbeza. Ada ibu-ibu yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut rasa nak pecah je dan sebagainya. Pada kandungan berusia 28minggu ibu-ibu akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.




Pengecutan rahim pada masa ni selalunya jarang-jarang dalam masa 30minit. Semakin meningkat hari akan berlaku dalam masa 15minit. Dan akan semakin cepat hingga saat nak bersalin. Jadi para ibu mesti sentiasa perhatikan masa setiap kali korang rasa sakit perut macam nak buang air besar atau sengugut. Ini ada 8 tanda nak bersalin supaya korang tak terlewat ke hospital.



8 TANDA NAK BERSALIN

1. Masa kontraksi



Korang akan mengalami kontraksi selama 5 minit dalam sejam. So sentiasa perhatikan jam dan berapa lama korang rasa sakit tu. Kalau rumah jauh dari hospital datang cepat tau. Kontraksi adalah salah satu tanda awal yang korang akan bersalin tak lama lagi. Masa ini Ida nasihatkan korang banyakkan selawat dan sapu pada perut ikut lawan jam.

2. Keluar air ketuban



Air ketuban yang keluar selalunya banyak dan warnanya jernih tanpa bau. Kebanyakkanya tidak mengalami pecah ketuban macam Ida. Nanti dah sampai hospital masa doktor check bukaan vagina baru la die akan pecahkan air ketuban kita untuk cepatkan proses bersalin.

3. Keluar darah



Ada sesetengahnya akan keluar darah lendir pekat dan ini menunjukkan pintu rahim mula membuka. Bukaan vagina ditentukan pada 1-10cm. Pada bukaan 10cm adalah masa yang paling sesuai untuk ibu meneran. 

Masa Ida nak bersalin kan Asyraf keluar darah skit,dah sampai hospital dah buka 2cm. Lain pla dengan Aqil,,sakit kontsraksi dan kerap tapi masih belum ke hospital. Bila darah keluar baru nak pergi,sampai je doktor check dah buka 8cm apa lagi masuk labour room terus la.

4. Sakit belakang



Sakit belakang adalah salah satu tanda nak bersalin. Malah semakin hari sakit belakang tu semakin ketara terutanya di bahagian bawah belakang.

5. Perut semakin 'turun'

Selalunya orang tua-tua la yang akan cakp perut semakin turun dah nak bersalin. Dalam masa 2minggu nak due date tu patutnya kedudukan bayi dah ke bawah. Korang akan rasa berat je di bahagian bawah rahim.

Mak mertua Ida nasihatkan masa mengandung pakai kain batik supaya perut tu senang nak ke bawah nanti. Nak bagi mudah bersalin. Tapi disebabkan perut Ida ni kecil. Perut Ida sampai nak bersalin pun masih sama je tapi alhamdullilah mudah nak bersalin dan anak-anak pun keluar 3kg ke atas.hehehe

6. Kerap membuang air



Pada masa ni korang akan kerap ke tandas pada setiap masa. Malah ada juga akan menyebabkan kencing korang tak lawas. Selalunya masa ni korang akan mudah dapat kencing kotor. 

Masa Asyraf dulu Ida kena kencing kotor masa dekat nak bersalin. Patutnya kena bawa sample air kencing ke hospital esoknya tapi tak sempat rupanya tu tanda Ida dah nak bersalin. Nurse telefon tanya kenapa tak hantar sample,terkejut die Ida bagitahu yang Ida dah bersalin.hehehe

7. Cirit-birit

Ini juga salah satu tanda nak bersalin. Jika hanya cirit-birit biasa je ok la lagi. Tapi kalau dah teruk sangat cepat-cepat la pergi klinik atau hospital k.

rujukan:bayi.com

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi...



Ibu-ibu yang masih lagi mencari-cari set bersalin yang bagus,pilihan Ida adalah Set Bersalin Shaklee adalah yang terbaik Ida guna. Selain tu sebab anak-anak tak tahan panas confirm cirit birit jadi memang tak boleh nak makan jamu. Set Bersalin Shaklee la pilihan Ida masa nak berpantang.

Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

6 Comments

  1. yoorin nak bersalin dulu xde tanda apa pon..dah 41weeks pon xde tanda.. rasa mengeras je tu ada lah..tp time tu tak tau yg tu contraction.. air ketuban pon doc yg pecahkan.. tp lepas ni maybe akan alert.. anak 1st ni semua macam tak tau sgt padahal selalu cari ilmu..

    ReplyDelete
  2. CT baca title sengih sorang2.. somehow comel plak.. tapi bila da tngk tanda2nya seram tetiba.. hehe..

    ReplyDelete
  3. sy masa arfan kontraksi je xde air ketuban atau darah tumpah... yg kedua ni plak, perut mmg awal2 mengandung dh jatuh, skrg ni nak masuk 8bulan, mmg ketara la jatuh dia,,semua duk pk dh sarat padahal ada lagi 2bulan

    ReplyDelete