PERCUTIAN DI GENTING HIGLANDS

Assalammualaikum..

Pada entry raya minggu lepas Ida ada ceritakan yang Ida balik ke utara untuk beraya di sana. Perjalanan balik ke sana kami singgah ke Genting Highlands untuk bercuti. Sebenarnya tak rancang pun,dalam 15minit macam tu la nak lepas Genting Sepah Ida kata kat en suami kesia dekat Asyraf asyik kata nak jalan-jalan je. Cakap punya cakap,tup-tup terus en suami masuk naik ke Genting Highlands.



Ida cakap just overnight sana je taknyah check in sebab just nak bawa anak-anak jalan dalam tu je tengok pemandangan. Sekali en suami kata check in jelah kat Hotel First World. Sekarang ni Genting Highlands dah ada sistem baru. Kalau dulu nak check in hotel kena beratur,tapi sekarang dah ada mesin untuk check in hotel. Nanti die akan keluarkan sekali kad kunci bilik. Kan senang. Sori tak sempat nak snap gambar sebab masa tu masing-masing penat. Aqil plak taknak dok diam,orang pun ramai.



nak ambil gambar bilik pun tak sempat sebab check in sehari je

harga bilik ni RM230

Masuk je dalam bilik berehat la kejap sebelum nak turun berjalan dan makan malam kat bawah nanti. Mandikan anak-anak dan solat semua time tu la baru Aqil nak tidur. Tadi nak tidurkan die taknak plak.

selfie skit dgn Aqil kat Kenny Rogers

Kesian kat en suami punya kami tunggu makanan steak die tak sampai. Kami anak beranak dah habis makan pun tak sampai. Sekali tanya orang tu tak masak pun. Aduh. Pastu takpelah kitorang jalan-jalan dan suami beli burger Marrybrown jelah bawa naik makan dalam bilik. Jalan sekejap je esok baru nak pusing semua.


Disebabkan kami tak dapat free breakfast so bangun pagi kena cari sarapan dulu la. Ingat nak makan kat food court je sekali tak buka lagi. Dah tak jumpa makanan yang halal so kitorang makan dalam cafe hotel je setiap seorang RM24.50,2 orang dah RM49 anak-anak FREE. So jimat la jugak dari makan kat luar. Korang makan la sampai lebam sebab buffet kan. Selepas sarapan kami naik atas untuk check out sebelum kul11. Kemas-kemas simpan barang dalam kereta so terus masuk dalam untuk indoor game.


Asyraf nak sangat masuk dalam Believe or Not sebab die nampak rangka dinasour kat luar. Bila tanya seorang dewasa RM25 kanak-kanak RM20. Fikir macam membazir so kami turun nak beli tiket kat bawah. Package untuk indoor kanak-kanak termasuk masuk Believe or Not dalam RM100 ok la semua game banyak kali pun takpe boleh main dari bayar satu-satu kan.





Best jugak la masuk dalam ni sebab ada seksyen yang kita boleh uji minda kita. Ada satu tu bilik penjara orang yang kena gantung. Peh seram agaknya dah berapa ribu orang dah kena gantung dalam tu. Pastu kitorang just pusing main dengan anak-anak je. Kalau amik package indoor&outdoor lagi murah tapi anak-anak kecil lagi so indoor jelah. Tunggu anak besar skit boleh la bawa main roller cooster.







Dah habis puaskan hati Asyraf naik semua game indoor tu, en suami ajak main bowling kebetulan semalam ada masuk tengok kat dalam. Asyraf pun teruja nak main sekali. Nasib la memang diorang bagi budak main tapi kena pantau la..


Disebabkan Aqil buat perangai sebab dah penat. Mummy main kejap jelah. Si daddy dengan Asyraf jelah yang main.huhuh

Dah habis main semua ni masing-masing dah penat. Masuk je dalam kereta anak-anak semua tidur. Ida dengan suami lapar so kami drive thru jelah makan dalam kereta.

Kesempatan yang ada ni juga Ida ucapkan SELAMAT HARI RAYA!


Post a Comment

6 Comments

  1. bestnyaa....lama akak tak naik ke genting...mesti dah banyak perubahan kan...

    ReplyDelete
  2. jeles sih . sis x sampai lagi genting nun ... happy je aqil .

    ReplyDelete
  3. bestnyya... genting highland tempatnye sejuk. ye x?

    ReplyDelete
  4. Meriah jalan ngan keluarga..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..

    http://stnrsyfh.blogspot.com/2015/07/pencarian-bloglist-review-blog-ogos.html

    ReplyDelete