RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Assalammualaikum...

Dah lama rasanya Ida tak makan tempe. Kbetulan minggu lepas Ida ada beli,masa goreng tu anak makan die suke plak. Tapi Asyraf tak makan pedas so die makan yang goreng je. So kali ni Ida nak kongsikan resepi sambal tempe ikan bilis. Memang simple je tapi sedap kalau nak makan dengan nasi panas-panas atau dengan roti.

RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

  • ikan bilis
  • tempe dipotong segiempat kecil diletak garam dan kunyit
  • air asam
  • cili boh
  • garam
  • gula
  • bawang merah diblender
  • bawang putih diblender
CARA-CARA

1. Goreng tempe dan ikan bilis hingga garing. Asingkan
2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah diblender sampai naik bau.
3. Masukkan cili boh,tumis sampai naik minyak.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Bagi sedikit kering dan masukkan tempe dan ikan bilis yang dogoreng tadi.
6. Gaulkan sebati dan dah siap dimakan.

dah siap untuk dimakan..yummy....

SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS