KHASIAT TOMATO,BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Assalammualaikum....

Sapa sini suka makan buah tomato? Kalau buah tomato yang kecik-kecik tu lagi sedap..manis je rasa. Ida kalau bab tomato ni suka buat tomyam, nasi ayam,asam pedas, sup tomato,buat sandwich dan banyak lagi.



Buah tomato ni kaya dengan zat besi,serat serta vitamin A dan C yang memang diperlukan utk kekalkan kecergasan badan. Malah ia juga mengandungo fruktosa,glukosa,asid folik,potasium,kalsium,mineral dan garam.

Kajian di Amerika Syarikat memdapati pigmen merah pada kulitnya mengandungi lycopene yg mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Di mana lycopene ni memberi khasiat antioksida semulajadi yang baik utk kesihatan.

Tomato ini selalunya untuk kecantikan kulit. Di mana ia berkesan untuk mengecilkan liang roma,kurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit. Malah ia menyejukkan kulit kasar. Terdapat kandungan astringen untuk menghapuskan minyak yang berlebihan dan vitamin A dan C utk mencerahkan kulit kusam dan awet muda.

TIPS CANTIK DENGAN BUAH TOMATO

Mengecilkan liang roma
  • Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan itu menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan.
  • Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
Membersihkan kulit muka
  • Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
  • Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
  • Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak dan jerawat.

Menyejukkan kulit yang kerengsaan
  • Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
  • Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk kerana selaran matahari dan kerengsaan kulit
  • Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Lakukan setiap hari sehingga jerawat hilang.

SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Pusat produk suntik putih dan obat suntik putih, suntik pemutih permanen terbagus terbaik, yang di gunakan para aris indonesia dan asia
    Info pemesanan bisa kunjungi website kami http://suntikputihartisindonesia.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS