CARA NAIKKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT

10:47:00 PM

Assalammualaikum...

Sebelum ini Ida selalau ceritakan cara nak turunkan berat badan. So kali ini Ida kan kongsikan cara naikkan berat badan secara sihat. Ramai yang salah anggap makan je banyak-banyak nanti berat naik la.




Ramai juga yang memiliki tubuh badan yang kurus sehingga diejek orang macam Ida. Tapi kadang-kadang faktor metabolisma badan. Tapi jangan anggap kalau berat badan susah nak naik bermakna kita boleh makan saja apa yang kita suka.

CARA NAIKKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT


1. Ambil karbohidrat

Contoh beras merah,roti,bijirin dari gandum penuh kerana gandum merupakan sumber nutrisi penuh. Kalau boleh yang bebas gula atau kurang. Makan ketika sarapan atau sebelum waktu makan sebagai alas perut.

2. Protein

Contohnya, korang boleh mendapatkan sumber protein sihat dari daging ikan, ayam dan kekacang. Amalkan pengambilan daging 2 kali seminggu.S

3. Lemak

Ambil lemak sihat seperti omega -3 dan omega -6. Pun begitu, biarpun lemak sihat, jangan makan sampai tak ingat dunia.

4. Vitamin

Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna-warni. Campurkan atau boleh buat salad.ebenarnya hampir semua buah mengandungi vitamin iaitu vitamin A, C,E,D,B,K dan sebagainya. Makan sedikit, antara lima hingga enam sajian buah serta sayur segar setiap hari.

5. Mineral


Mineral berfungsi membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi, membentuk haemoglobin dalam darah, mengatur kelancaran kerja otot, dan fungsi-fungsi lainnya. Contoh dalam buah-buahan.sayur-sayuran,daging merah,susu dan banyak lagi.



Hope ni dapat membantu korang naikkan berat badan. Moga memberi manfaat.



You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)