ANAK DEMAM JANGAN BUAT SAMBIL LEWA

11:40:00 PM

Assalammualaikum...

Maaf kalau topik ni jadi sensitif bagi para ibu. Serius...Ida hanya nak kongsikan pengalaman Ida jaga anak-anak masa diorang demam,batuk, dan selsema.



Memang setiap ibu bapa akan risau bila anak-anak mula jatuh sakit. Ibu-ibu yang bekerja tentu beraa lebih letih bila pulang dari keje terpaksa berjaga nak jaga anak-anak sakit.

Kebetulan kawan Ida anak die demam. Check suhu sampai 40'C. So kitorang sebagai kawan nasihat bawa je pergi emergency takut berlaku apa-apa sebab anak die kerap demam. Pastu die balas,tak bawa kot g hospital..g klinik je.hmmm...masa tu Ida terdiam sekejap.

Tak tahu apa pendapat korang tapi bagi pendapat Ida. Kalau suhu anak dalam 38'c memang akan bawa ke klinik tapi kalau sampai 4o'c Ida memang akan bawa pergi hospital. Tambah kalau anak tu kerap sangat demam panas. Walaupun sebenarnya nak bawa ke hospital tu nanti akan jadi leceh skit. Risau anak kena tahan wad.

Last-last die bawa anak g jumpe hospital swasta. Nasib baik suhu dh turun. Ida bukan apa ida risau anak-anak yang demam panas ni jadi sawan. Macam adik Ida yang OKU slow learner tu..bermula die demam panas la.Sekarang dah umur 24tahun. Ida risau masa depan die walaupun sekarang die keje motel kat Kuala Terengganu.

So bagi anak-anak yang demam ke,batuk,selsema. Ida memang jarang bagi ubat kat diorang. Ida lebih suka buat macam ni.
  • Tuam kepala dan badan dengan air ais
  • Sapu dada,tapak kaki dengan minyak bawang putih
  • Hanya pakaikan seluar sahaja
  • Ajak die bermain bagi keluar peluh
  • Sedut selsema die
  • sentiasa check suhu
Alhamdullilah anak-anak demam bila buat macam ni 3-4hari dah sihat. Kalau menyusukan anak,lagi cepat sihat. Serius. Masa Aqil berjangkit demam dari ang die minggu lepas. Ida tuam kepala dengan badan malam tu. Sok nye dah tak demam,batuk dan selsema pun dah kurang. 

Ni yang Ida nak kongsikan. Hanya peringatan. Maaf kalau ada yang terasa.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)