REDAKAN SELSEMA ANAK DENGAN GARLIC OIL

Assalammualaikum..

Ramai ibu-ibu akan risau dan tak senang duduk bila anak mula demam, batuk dan selsema. Sama la macam Ida, bila anak start je demam ke selsema ke..mula la sesi menuam kepala dengan air ais, kerapkan mandi dan sapukan badan dengan garlic oil.

Tak tahu la kalau ramai yang dah tahu ke tak teknik ni. Tapi bagi Ida memang berkesan. Hidung anak asyik berair je. Malam bila sapukan garlic oil ni, esoknye hidung die dah tak berair lagi. Selsema still ada lagi la tapi dah kurang. Jom Ida kongsikan cara nak buat garlic oil ni untuk redakan selsema anak.

CARA BUAT GARLIC OIL


BAHAN-BAHAN:
  • Bawang putih beberapa ulas (ketuk sedikit)
  • Minyak kelapa dara (vco) atau apa2 minyak (minyak johsons pun boleh)

CARA-CARA:

1, Bakar bawang putih sampai nampak kehitaman sedikit, Bakar je sekali dengan kulit die.
2. Letak atas piring, letak minyak kelapa dara
3. Sapu pada dada, belakang dan tapak kaki anak-anak selepas mandi dan sebelum tidur.

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS