RESEPI MACARONI CHEESE BAKAR MUDAH

Assalammualaikum....

Minggu lepas Ida ada buat macaroni cheese bakar. Dah lama Ida teringin nak buat tapi takde kesempatan. So aritu Ida kebetulan pergi beli barang so amik la cheese skit niat nak buat kan. Tapi salah beli cheese plak tapi apa2 pun menjadi la. Ni Ida kongsikan resepi macaroni cheese bakar mudah rekaan Ida sendiri.


RESEPI MACARONI CHEESE BAKAR MUDAH

rebus dalam 1 1/2 cawan macaroni dan toskan.

Cara buat sos merah
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili boh
  • sos tomato
Korang tumis je buat macam sos masam manis macam biasa.

Cara buat sos putih
  • bawang putih
  • sos carbonara prego
  • 1 cawan susu dutchlady
Tumis bawang putih dengan 1 sudu planta. Masukkan sos carbonara agak-agakla berapa banyak dan susu segar. Letak black pepper skit.

1. Letak macaroni dalam loyang. Masukkan sos putih dan cheese. Nak sedap gune cheese slice sebab Ida terbeli cheese yang dah parut.

2. Letak macaroni lagi dengan sos merah. Atas die letak cheese yang parut.

3. Bakar dalam oven selama 40 minit suhu 160'c.

4. Dah siap untuk dimakan.

*Nak sedap yang slice tu gune cheese cheddar slice. Atas topping tu gune cheese parmesan atau pizza topping.

SELAMAT MENCUBA!


No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS