HOMEMADE RESEPI SAYA PALING SEDAP

6:46:00 PM

Assalammualaikum..

Petang-petang ni sambil layan anak-anak, Ida nak siapkan cabaran ke-3 plak. Kebetulan hari ni en suami plak kena naik offshore. Sepatutnya dalam 1-2bulan die hanya keje darat je sebab ade keje yang perlu diselesaikan. Tapi orang sana panggil juga sebab suka dengan cara kerja suami. Cepat dan terbaik. Habis tergendala kami nak pergi bercuti ke Melaka dan Port Dickson.

Cabaran kali ke -3 ni mengenai Homemade resepi saya paling sedap. Memang Ida hari-hari akan memasak tapi tak tahu la apa yang paling sedap. Tapi Ida akan kongsikan juga, kalau setiap kali Ida masak lauk ni. En. suami akan tambah nasi lagi..hehehe.katanya kalau Ida masak lauk ni tak boleh nak berhenti. Nak tahu tak apa die? Sambal sardin..lauk simple je tapi suami suka. Tak tahu korang masak sambal sardin camner, tapi Ida masak lain skit. Jom Ida kongsikan resepi die.



Ida suka makan sardin ni. Ikan die besar dan banyak

SAMBAL SARDIN VERSI MUMMY ( IDA )

Bahan-bahannya:

  • 1 tin sardin
  • air asam jawa
  • cili boh
  • gula
  • garam
  • minyak
  • bawang merah dihiris
  • bawang putih dihiris
1. Keluarkan ikan dan sos dalam tin sardin dan asingkan.
2. Goreng ikan sardin sehingga garing. Hitam pun takpe lagi sedap.
3. Angkat sardin yang telah digoreng.
4. Tinggalkan sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
5. Masukkan cili boh, ikut citarasa nak pedas ke tak. Ida suka pedas.
6. Tumis sampai naik minyak, letak gula dan garam. Masukkan sos dalam tin. Tumis sampai garing sedikit.
7. Masukkan air asam jawa. Masukkan ikan sardin yang goreng tadi. Rasa jika perlu tambah gula atau garam.
8. Siap untuk dimakan.

Kalau setiap kali Ida masak sardin ni, mesti buat sekali dengan telur dadar. Kalau ada lebihan lauk, esoknya panaskan buat sandwich sardin. Sedap!!

Ini la homemade resepi saya paling sedap. Ida bukanlah pakar memasak tapi boleh la kan.hehehe

Selamat mencuba!!

CABARAN 1 : KENAPA SAYA JADI AHLI SHAKLEE
CABARAN 2 : 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA
CABARAN 3 : HOMEMADE RESEPI SAYA PALING SEDAP

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)