CARA TENANGKAN ANAK YANG MARAH TIBA-TIBA

Assalammualaikum..

Pernah tak anak-anak korang tiba-tiba akan marah. Menangis tiba-tiba. Asyraf sejak kebelakangan ni kerap juga nak marah-marah, nak menangis tiba-tiba. Perubahan ni nampak semenjak Aqil dah membesar dan pandai merangkak sekarang ni. Mungkin die nak ambil perhatian Ida. Kadang-kadang sikap die nak buatkan Ida nak marah jugak. Tambah naik angin bila dua2 menangis, dua2 orang nak mummy die jgk. Kat daddy tak nak. Aduh, memang naik ngak darah ni.huhuhu...Macam biasa selepas marah mesti Ida akan cakap baik-baik,peluk die. Masa tidur akan minta maaf kat die.



Artikel ni Ida baca dalam PaMa :

Kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ada kalanya mula menunjukkan sikap negatif suka memberontak, membaling barang, merajuk dan mengamuk tanpa sebab yang kita ketahui. Adakah anak anda sendiri pernah berperangai sedemikian?

Jika anak anda pernah berkelakuan begitu, bukan bermaksud dia menjadi degil atau kurang ajar. Tetapi anak sekecil itu sedang belajar untuk ekspresi dirinya disebabkan faktor keletihan atau kecewa terhadap sesuatu perkara.

Jika dalam bahasa psikologi kanak-kanak, kategori kanak-kanak sedemikian dikenali sebagai Tantrum.Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala Temper Tantraum pula suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri.

Ia seringkali muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun. Masalah tantrum biasanya terjadi pada anak yang hiperaktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap ‘sulit’ dengan ciri-ciri berikut:

*Kanak-kanak tidak cukup tidur.
*Makan dan proses pembuangan najis yang tidak teratur.
*Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak dikenali.
*Lambat menyesuaikan diri terhadap perubahan suasana baru.
*Emosi tidak tenteram.
*Mudah marah dan menangis.
*Sukar mengalihkan perhatiannya.

Berikut adalah beberapa contoh kelakuan tantrum mengikut peringkat usia:

Di bawah usia 3 tahun:

*Menangis
*Menggigit
*Memukul
*Menendang
*Menjerit
*Memekik-mekik
*Menghempaskan badan ke lantai
*Memukul tangannya
*Menahan nafas
*Menghentakkan kepala
*Melemparkan barang
*Menyangkung
*Memeluk tubuhnya

Usia 3 – 4 tahun:

*Perilaku kesemua di atas
*Menghentakkan kaki
*Berteriak
*Meninju
*Menghempas pintu
*Mengkritik
*Merengek

Usia 5 tahun ke atas:

*Perilaku kesemua di atas
*Memaki-hamun orang lain @ ibu bapa
*Menyumpah
*Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya
*Mengkritik diri sendiri
*Memecahkan barang dengan sengaja
*Mengancam
*Merungut

Cara bantu anak menjadi tenang


  • Peluk anak dari arah belakang.
  • Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
  • Bagi yang beragama Islam, boleh bacakan ayat-ayat suci al-Quran supaya syaitan tidak menghasutnya.
  • Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
  • Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
*nasihat Ida untuk korang dan diri sendiri. Banyak2kan la istighfar..

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS