TIPS MENDERMA DARAH : SYARAT MENDERMA

Assalammualaikum..

Mybe ramai yang dah derma darah. Ida lum pernah lagi derma darah sbb xcukup syarat       ( berat tak cukup ), Setakat derma dala tiub masa pregnant pernah la..hehehe,,

Darah yang diambil ini pula adalah jenis darah utuh (whole blood) yang daripadanya diperoleh pula sel darah merah, plasma, platelet, cryoprecipitate dan cryosupernatant. Darah jenis AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O pula diperlukan saban hari bagi menyelamatkan nyawa, sama ada untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Malah, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. 



Syarat-syarat menderma darah
1) Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.


2) Berumur di antara 18-60 tahun.

  • Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
  • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3) Berat badan melebihi 45 kg.

4) Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5) Tiada masalah kesihatan.

6) Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
  • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
  • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7) Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8) Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
  • Mengambil dadah secara suntikan
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9) Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

10) Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung
  • Tidak datang haid
  • Tidak menyusukan anak.
11) Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Tips menderma darah

Sebelum Menderma:

  • Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.
  • Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
  • Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam sebelum menderma.
Faedah derma darah

* Menangani ancaman kanser
Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

* Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru
Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar.

* Membantu melawan hemochromitosis
Hemochromitosis sejenis gangguan genetik, dikenali juga sebagai gangguan zat besi sarat, yang mana besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolisme besi tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

* Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

* Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

* Tingkat tahap kesihatan.
Kajian awal dari Jerman mencadangkan individu obes boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan menderma darah. Kajian itu mendapati orang gemuk dengan sindrom metabolik, mengalami penurunan tekanan darah, bersama-sama dengan perubahan lain yang dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung. Sindrom metabolik adalah koleksi gejala yang dikaitkan dengan penyakit jantung, termasuk gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi, dan tahap rendah kolesterol `baik'. Sindrom ini dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, penyakit arteri koronari dan diabetes Jenis 2. Rawatan utama adalah untuk pengurangan berat badan.

"Kebaikan menderma darah itu memungkinkan doktor mengesyorkan individu obesiti melakukan amalan itu bagi menurunkan tekanan darah dan risiko sakit jantung," kata penyelidik Pusat Perubatan Universiti Berlin, Dr Andreas Michalsen Charite.

* Ujian asas darah

Selain semua faedah penderma, ujian darah dilakukan sebelum menderma darah membantu orang ramai mengenal pasti mengalami penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, HIV, sifilis dan malaria. Penderma segera dimaklumkan jika mana-mana ujian ini didapati positif.

Post a Comment

2 Comments

  1. info yang baik.tkasih..ari ni saya nak derma darah..harap harap berjaya..

    ReplyDelete
  2. penderma yang berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa supaya

    ReplyDelete