TIPS ELAK MARAH PADA ANAK

10:42:00 AM

Assalammualaikum..

Dah beberapa hari Ida xde idea nak update blog..mybe sebab berpuasa tambah dgn cuaca panas lgi..mula la darah nak naik ble ank buat perangai..suami plak xde.ble dh marah,menangis la Ida semahu-mahunya..menyesal mrh budak yg xthu pe2..apakah daya..Ida pun mnusia biasa. Ada satu ayat Ida jumpe dalam facebook.

Perempuan kekuatannya ialah kesabaran, jika kesabaran dia hilang, pasti dia akan marah, jika marah dia pendam, pasti dia akan menangis..

Memang betul,,Ida bila pendam mula la akan menangis.Tambah Ida memang susah nak luahkan perasaan tapi bila luah...hbs la..So Ida share skit tips utk elakkan marah.



Tips untuk mengurangkan rasa marah pada si anak

* Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Walau apapun kesalahannya, pasti anda juga tidak mahu dimarahi.

* Beri kesedaran kepada anak, bukannya sentiasa marah pada mereka. Fikirkan juga cara untuk membuatkan mereka faham apa yang dilakukan itu salah dan tidak perlu diulang.

* Fahami si anak kerana mereka bukan robot yang hanya menurut arahan. Mereka juga ada kehendak, keinginan serta pemikiran sendiri.

Fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut. Pandang muka dan tatap matanya ketika bercakap kerana ia amat penting dalam apa jua bentuk komunikasi.

* Didik diri untuk menunjukkan rasa sayang melalui tindakan, suara dan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran mereka diperlukan dan bukan sebaliknya.

* Elak daripada mengeluarkan perkataan negatif kepada anak atau menjatuhkan maruah mereka di depan orang lain kerana ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka.

Ingatlah sifat positif si anak serta segala keletahnya yang menghiburkan. Berikan tumpuan kepada kelebihan itu.


Ida tahu nnti akan jadi kesan tak baik pada anak..tp dah terlanjak..mudah-mudahan selepas ni, Ida takkan buat lagi..berusaha utk lebih bersabar dan beristighfar..amin...

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)