TIPS CANTIK

10 MAKANAN UNTUK NAMPAK CANTIK

SALAD ROMAINE

Daun salad ini membekalkan 100% nilai harian vitamin A anda untuk menggiatkan pembaharuan sel. Potasium di dalamnya juga memberi rangsangan nutrien dan oksigen kepada kulit sekaligus melancarkan peredaran darah.

TOMATO
Menikmati makanan berwarna merah juga dapat membuat kulit berwarna kemerah-merahan. Menerusi satu kajian, sukarelawan yang menikmati 5 sudu besar pes tomato yang tinggi lycopene setiap hari selama tiga bulan dapat melindungi kulit sehingga 25% daripada masalah selar matahari. Malah saintis Jerman turut mendapati bahawa antioksidan yang tinggi dalam tomato dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di dahi.

STRAWBERI

Secawan strawberi membekalkan 130% daripada nilai harian vitamin C anda selain menjadi antioksidan yang merangsang penghasilan serat kolagen yang penting untuk kulit anjal dan lembut.

EPAL

Quercetin merupakan sejenis antioksidan yang dapat melindungi kulit daripada sinar UVB penyebab kanser kulit. Jenis epal yang paling tinggi kandungan Quercetin ini ialah Monroe, Cortland dan Golden Delicious. Justeru, pastikan anda menikmati sebiji epal sebelum keluar rumah dan susuli dengan pemakaian losen tabir suria.

SOYA

Dalam satu kajian, garis-garis halus berkurang dan keanjalan kulit meningkat selepas para wanita di penghujung 30an dan awal 40an makan makanan seperti tempe yang mengandungi isoflavin soya.

TELUR

Dua jenis antioksidan di dalam telur dikenali sebagai lutein dan zeaxanthin boleh melindungi kulit daripada kerosakan UV yang menyebabkan kedutan, tompok gelap serta kanser. Kulit juga terkesan lebih lembut, anjal dan lembap selepas anda menikmati telur.

Post a Comment

0 Comments