RISIKO DIABETES

DIABETES MENJEJASKAN KESIHATAN GUSI

Ini kerana badan tidak mampu melawan bakteria yang akhirnya menyebabkan jangkitan dan menjadikan gigi berlubang. Gangguan kesihatan gigi ini dikenali sebagai penyakit gusi atau periodontal. Penyakit ini adalah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi.

Lazimnya ia terjadi disebabkan bakteria di dalam plak iaitu selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna. Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plak boleh bertambah dan menjadi keras untuk membentuk tartar.

Bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi. Jika proses ini berterusan, gigi menjadi semakin longgar. Ini akan membenarkan lebih banyak bakteria terkumpul. Tanpa disedari penyakit ini dialami ramai pesakit diabetes. Mereka yang tidak mampu mengawal glukosa dengan baik turut berpeluang terkena risiko penyakit ini.

Gejala seperti mulut dan lidah terasa terbakar, mulut kering, radang gusi atau gingivitis, plak dan jangkitan kulat antara simptom yang dialami pesakit diabetes. Mereka yang mengidap diabetes juga disarankan agar melakukan pemeriksaan gigi setiap tiga atau enam bulan sekali.

Tip penjagaan kebersihan gigi boleh dilakukan seperti berikut.

· Pembersihan secara profesional oleh doktor gigi adalah satu-satunya cara untuk menanggalkan plak yang telah mengeras dan menjadi tartar.

· Jika keadaan sudah teruk,prosedur membersihkan akar gigi boleh dibuat untuk mengelakkan plak dari melekat pada permukaan.

· Gunakan ubat kumur mulut antibakteria dua kali sehari selepas memberus gigi. Kumur untuk 30 saat dan bilas dengan air selepas berkumuh.

· Di peringkat awal, penyakit gusi boleh dirawat dengan memberus gigi dan penggunaan flos dengan betul.

Post a Comment

0 Comments