"tak buncit perut ke kalau minum air banyak2?"
"kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"
"mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."
Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan Rasulullah mengajar kita untuk minum dengan cara yang betul;
- Minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus
- Jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa bernafas
- Tidak meniup ke dalam air samada untuk mengurangkan haba (air panas) atau menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnyaSangat penting untuk tidak bernafas ke dalam air kerana gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganlah makan bersulamkan minum kerana itu juga merupakan salah satu penyebab perut buncit. Seelok-eloknya minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman tetapi juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak.
Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Mari saya kongsikan tips yang mungkin boleh membantu:
- Minum segelas air (250ml) sebaik sahaja bangun daripada tidur, (dikatakan salah satu petua awet muda juga)
- Ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air
- Minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan
- Minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam
- Letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga
- Minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan
- Minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit
- Semak pengambilan air secara teliti.
0 Comments